EPL: Iraola hadapi cabaran pertahan rekod

FootballSports
23 Aug 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Iraola hadapi cabaran pertahan rekod

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Andoni Iraola mengakui sudah tidak sabar untuk mengharungi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama bersama pasukan itu menjelang pertemuan menentang Newcastle United di St. James Park malam ini.

Walaupun berkunjung ke tempat lawan, namun The Reds memiliki rekod yang cukup baik untuk aksi pembuka tirai apabila mereka tidak pernah tewas dalam perlawanan sulung Liga Perdana sejak 13 musim lalu.

Iraola berkata, beliau dapat merasakan satu suasana yang sangat berbeza dalam sesi latihan di mana pemain-pemainnya juga sudah tidak sabar untuk memulakan saingan musim baharu dengan langkah kanan.

“Saya rasa sangat teruja dan suasana itu juga dirasai ketika sesi latihan. Minggu ini sedikit berbeza berbanding biasa kerana intensiti sudah semakin meningkat bagi menghadapi aksi kompetitif.

“Sudah tentu saya mahu kami menjadi pasukan terbaik dengan barisan pemain yang ada. Bagi saya, pemain-pemain ini mampu untuk bersaing merebut segala kejuaraan yang bakal disertai nanti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menaruh sepenuh keyakinan kepada penyerang, Alexander Isak untuk mengharungi perlawanan tersebut dengan tenang, lebih-lebih lagi berdepan pasukan lamanya buat kali pertama.

“Menentang pasukan lama di stadium mereka merupakan sesuatu yang sangat istimewa, jadi saya yakin Alex (Isak) sangat bermotivasi. Saya harap dia sudah bersedia untuk perlawanan itu,” ujar Iraola. – AGENSI

 

The post EPL: Iraola hadapi cabaran pertahan rekod appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved