EPL: Kelab bakal undi tentukan nasib City

FootballSports
3 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Kelab bakal undi tentukan nasib City

LONDON – Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) boleh menggunakan undian luar biasa untuk menyingkirkan Manchester City sekali gus memaksa kelab itu membuat permohonan kemasukan semua bermula di divisyen terendah, Liga 2.

Sebanyak 15 pasukan perlu mengundi bagi menyokong penyingkiran tersebut sebelum City boleh disingkirkan, selepas itu, kelab berkenaan perlu memohon semula kepada Persatuan Bola Sepak (FA) England dan mengemukakan permohonan kemasukan.

Namun, tiada kewajipan untuk City diterima masuk apabila 72 kelab daripada Liga Kejuaraan, Liga 1 dan Liga 2 akan menentukan sama ada mereka diterima masuk atau tidak dan pilihan terakhir adalah Liga Nasional.

Pengerusi Independent Football Regulator (IFR), David Kogan berkata, badan itu mempunyai kuasa untuk menilai kesesuaian pemilik, pengarah dan eksekutif apabila keputusan suruhanjaya bebas itu menimbulkan isu-isu serius.

“IFR mempunyai kuasa untuk menilai kesesuaian pemilik, pengarah serta eksekutif dan kami akan menggunakan kuasa ini apabila sesuai, demi kepentingan melindungi kelestarian, kejujuran dan integriti bola sepak England.

“Bagaimanapun, memandangkan prosiding antara Manchester City dan EPL masih berjalan, kami akan menunggu perkembangan selanjutnya. Kami berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera demi kepentingan para penyokong,” katanya.

Prosiding masih berjalan kerana satu lagi sesi pendengaran bersama suruhanjaya bebas akan membincangkan isu hukuman secara berasingan, selepas pertuduhan tersebut disahkan terbukti.

Peluang City untuk mengemukakan rayuan berakhir semalam selepas suruhanjaya bebas mendapati mereka bersalah 114 pertuduhan berkaitan pelanggaran serius terhadap peraturan kewangan sepanjang tempoh sembilan musim serta majoriti pertuduhan berhubung kegagalan mereka memberikan kerjasama kepada siasatan. – AGENSI

The post EPL: Kelab bakal undi tentukan nasib City appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved