
LONDON – Bintang baharu Manchester City, Iliman Ndiaye enggan sekadar mahu menjadi pelengkap pasukan sebaliknya bersedia membuktikan keupayaan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama musim ini.
Pemain berusia 26 tahun itu melengkapkan perpindahan bernilai £65 juta (RM355.6 juta) daripada Everton dan berpotensi untuk diturunkan dalam perlawanan debut menentang Coventry City, malam ini.
Ndiaye mengakui tidak gentar dengan persaingan sengit untuk mendapatkan tempat dalam barisan utama, sebaliknya yakin gaya permainannya mampu memberikan dimensi berbeza kepada pasukan.
“Sudah tentu saya mahu menjadi sebahagian daripada projek baharu ini. Saya lihat apa yang mereka lakukan sejak beberapa musim lepas dan saya rasa corak permainan saya sesuai pasukan.
“Saya teruja untuk membuat penampilan debut dan pastinya ia detik istimewa. Saya bekerja keras untuk sampai ke tahap ini dan tidak mahu sia-siakan peluang yang diberikan,” katanya.
Mengulas mengenai keputusan menyertai City, pemain antarabangsa Senegal itu tidak memerlukan masa panjang kerana tertarik dengan sejarah kejayaan serta perancangan skuad kendalian Enzo Maresca itu.
“Mereka bercakap dengan saya mengenai ke mana hala tuju pasukan dan apa yang boleh kami capai bersama saya nanti. Tiada perkara lain yang saya mahukan selain menyertai City,” katanya. – AGENSI
The post EPL: Ndiaye sedia bukti kemampuan appeared first on Kosmo Digital.




