EPL: Pilihan Man. United hanya menang

FootballSports
30 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Pilihan Man. United hanya menang

MANCHESTER – Manchester United bakal turun berdepan pendatang baharu, Ipswich Town untuk aksi pertama di Old Trafford musim ini dengan hanya memasang satu impian iaitu memastikan kemenangan.

Selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-2 berdepan Hull City pada aksi pertama minggu lalu, skuad kendalian Michael Carrick tidak mempunyai pilihan kecuali mesti mengutip tiga mata penuh untuk memastikan mereka kembali dalam persaingan.

Menjelang perlawanan tersebut, Carrick menerima berita gembira apabila mengesahkan pemain tengahnya, Mason Mount sudah kembali menjalani latihan penuh dan berkemungkinan berada dalam senarai skuad itu.

Mount mengalami kecederaan kaki ketika pramusim, namun kini sudah kembali menjalani latihan bersama kumpulan pemain utama.

“Mason sudah kembali bersama kumpulan, dia berlatih minggu ini. Itu satu perkembangan yang sangat positif,” kata Carrick.

Bagaimanapun, Carrick mengesahkan Amad akan terlepas perlawanan menentang Ipswich selepas mengalami kecederaan sebelum perlawanan pembukaan musim menentang Hull City.

“Amad tidak akan terlibat minggu ini. Dia akan berehat untuk tempoh yang sedikit lebih lama,” katanya.

Matthijs de Ligt juga sudah kembali menjalani latihan ketika meneruskan proses pemulihan daripada pembedahan belakang yang dilaluinya pada bulan Mei. Namun, masih belum dapat dipastikan sama ada dia sudah bersedia untuk beraksi menentang Ipswich.

Pemain baharu Manchester United, Carlos Baleba, pula dijangka masih memerlukan beberapa minggu lagi sebelum membuat penampilan sulung bersama United kerana masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan buku lali. – AGENSI

The post EPL: Pilihan Man. United hanya menang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved