EXCO: RM1.035 juta bantu 3,452 pelajar SJKT bayar tambang bas

LocalPersonal Finance
7 Oct 2026 • 7:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

EXCO: RM1.035 juta bantu 3,452 pelajar SJKT bayar tambang bas

SHAH ALAM, 7 OKT: Lebih RM1.035 juta diperuntuk Kerajaan Negeri bagi bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk diagih kepada pelajar daripada keluarga B40 pada tahun ini.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berkata memanfaat 3,452 pelajar, setiap mereka menerima bantuan RM300 setahun.

Jelasnya, Kerajaan Selangor terus membantu pelajar yang memerlukan khususnya dalam aspek pengangkutan ke sekolah.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban kewangan ibu bapa menanggung kos pengangkutan anak ke sekolah di samping menggalakkan anak-anak terus belajar dan tidak tercicir.

“Kebajikan dan pendidikan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Selangor,” katanya menerusi Facebook.

Tahun lalu, seramai 3,447 murid dari 98 SJKT seluruh negeri menerima bantuan tambang bas sekolah membabitkan peruntukan RM1.034 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved