Antonelli intai sejarah di Mexico City

30 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Antonelli intai sejarah di Mexico City

MEXICO CITY: Pelumba muda Mercedes, Kimi Antonelli, hanya selangkah daripada mencipta sejarah Formula Satu (F1) apabila berpeluang muncul juara dunia termuda, sekali gus menamatkan penantian Itali selama 73 tahun untuk melahirkan juara dunia.

Pada usia 20 tahun, Antonelli hanya perlu menamatkan Grand Prix (GP) Mexico City di tempat kesembilan atau lebih baik hujung minggu ini untuk mengesahkan kejuaraan, sekali gus memadam rekod Sebastian Vettel sebagai juara dunia termuda dengan kelebihan lebih tiga tahun.

Lebih manis, kejayaan itu bakal menjadikan Antonelli pelumba Itali pertama menjuarai kejuaraan dunia sejak Alberto Ascari melakukannya bersama Ferrari pada 1953, satu pencapaian yang cukup bermakna buat negara yang sinonim dengan sukan permotoran itu.

Kemenangan di GP Amerika Syarikat, Ahad lalu, meletakkan Antonelli dalam kedudukan selesa apabila dua pencabar terakhirnya, rakan sepasukan George Russell dan pelumba Ferrari, Lewis Hamilton, masing-masing ketinggalan 123 dan 124 mata.

Russell dan Hamilton perlu memenangi perlumbaan sambil mengharapkan Antonelli sekadar menamatkan saingan di tempat ke-10 atau lebih buruk untuk menangguhkan pesta kejuaraan pelumba muda itu, namun senario berkenaan dilihat sukar berdasarkan konsistensinya musim ini.

Antonelli sudah memenangi sembilan daripada 18 perlumbaan, selain mengumpul sembilan podium dalam 11 perlumbaan terakhir, sekali gus membuktikan kematangannya mengendalikan tekanan meskipun masih muda.

“Saya akan menghadapinya dengan pemikiran yang sama. Cuba menikmati perlumbaan sebanyak mungkin, tetapi pada masa sama berusaha memburu satu lagi kemenangan.

“Cara terbaik adalah menamatkan perlumbaan dengan keputusan cemerlang dan itulah sasaran saya,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

The post Antonelli intai sejarah di Mexico City appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved