Pakar Kaspersky dedah tipu helah scammer: Muncul kedai cenderamata F1 palsu!

TechnologySports
1 Oct 2026 • 6:42 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Pakar Kaspersky dedah tipu helah scammer: Muncul kedai cenderamata F1 palsu!

Perlumbaan Formula 1 bakal berlangsung pada hujung minggu ini, semestinya ramai yang teruja dan menanti-nantikan aksi pelumba-pelumba hebat yang bakal bertanding di Litar Antarabangsa Sepang.

Muncul kedai cerderamata F1 palsu

Image from: Pakar Kaspersky dedah tipu helah scammer: Muncul kedai cenderamata F1 palsu!
Sumber Kaspersky

Namun dalam kehangatan perlumbaan ini, pakar Kaspersky menyatakan mereka telah mengenalpasti terdapat laman sesawang palsu yang menyamar sebagai kedai barangan F1.

Menurut pakar Kaspersky, cubaan untuk membeli pakaian pasukan atau cenderamata melalui laman sesawang terbabit boleh mengakibatkan masalah kerugian kewangan serta risiko pendedahan maklumat data peribadi semasa fasa pembayaran dilakukan di kedai cenderamata F1 palsu tersebut.

Mangsa berisiko hilang duit dan data peribadi

Image from: Pakar Kaspersky dedah tipu helah scammer: Muncul kedai cenderamata F1 palsu!
Sumber Kaspersky

Mangsa yang terpedaya akan mula mengisi maklumat peribadi bagi melakukan proses pembayaran, dan sebaik saja maklumat diserahkan melalui laman sesawang palsu ini maka butiran tersebut boleh jatuh ke tangan penipu. Dan dalam masa yang sama proses pembayaran berjalan tetapi tiada sebarang penghantaran barang dilakukan kepada pembeli.

Tambahan lagi, menurut pakar Kaspersky lagi laman sesawang palsu menggunakan penjenamaan F1 serta imej pemandu dan pasukan terpampang di laman tersebut. Bukan itu saja untuk memancing mangsa, laman palsu ini turut menggunakan dakwaan barangan ‘rasmi’ atau ‘diiktiraf’ supaya kelihatan seperti penjual yang sah.

Pengarah urusan Asia Pasifik di Kaspersky, Adrian Hia memaklumkan senario seperti itu boleh berlaku bila mana orang ramai kurang meneliti terutamanya apabila mereka menemui pasukan, pemandu atau cenderamata kegemaran yang mahu dibeli.

“Penjenayah siber bergantung pada peralihan tumpuan ini di mana keterujaan mengatasi proses pengesahan. Hal ini menyebabkan para peminat berhenti sejenak dari mengesahkan sama ada mereka berurusan dengan penjual yang sah sebelum membuat sebarang pembelian.” kata pengarah urusan Asia Pasifik Kaspersky.

Tips elak jadi mangsa kedai dalam talian palsu

Untuk mengelakkan diri anda menjadi mangsa kedai cenderamata F1 palsu, pakar Kaspersky berkongsi beberapa tips keselamatan untuk para pengguna. Berikut adalah tips penting agar tidak terpedaya dengan tipu helah penjenayah siber:

  • Pertama: Mengesahkan ketulenan kedai dalam talian sebelum membuat sebarang barang pembelian. Semak URL, ejaan nama jenama, periksa jika web tersebut merupakan penjual rasmi atau rakan kongsi yang diiktiraf.
  • Kedua: Membeli-belah di platform rasmi yang dipercayai dan bereputasi sahaja kerana ia dapat mengurangkan risiko kecurian data, penipuan pembayaran dan pendedahan maklumat peribadi. Selain laman web, jika ada platform ecommerce yang menjual cenderamata F1 pastikan ia dari kedai penjual sah yang diiktiraf Shopee atau Lazada seperti Shopee Mall dan LazMall.
  • Ketiga: Menggunakan sistem penyelesaian keselamatan yang boleh dipercayai dan mampu mengesan halaman jahat (malicious) dan menyekat percubaan pancingan data (phishing).
  • Keempat: Memantau aktiviti pembayaran dengan mengaktifkan notifikasi pemberitahuan transaksi sekiranya ada dan semak penyata bank secara berkala untuk mengesan sebarang transaksi tanpa kebenaran berlaku.

Kedai rasmi Formula 1

Image from: Pakar Kaspersky dedah tipu helah scammer: Muncul kedai cenderamata F1 palsu!
Sumber Store F1

Bagi yang ingin mengetahui atau mengenal pasti kedai dalam talian yang sah milik Formula 1, anda boleh layari laman sesawang store F1 (https://f1store.formula1.com) untuk melihat koleksi cenderamata eksklusif.

Terdapat pelbagai koleksi yang boleh anda pilih di kedai dalam talian tersebut dari aksesori, charm, topi, jaket, magnet peti sejuk, helmet dan macam – macam lagi yang boleh anda pilih sampai rambang mata di kedai rasmi F1 ini.

Bagi yang tertarik untuk mendapatkan sistem keselamatan siber yang mampu mengesan halaman jahat, anda boleh layari laman sesawang Kaspersky untuk mengetahui lebih lanjut.

Jika anda sedang mengalami situasi yang mencurigakan atau telah terperangkap dalam sindiket penipuan, anda boleh terus hubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan segera.

Jadi sebelum membuat sebarang pembayaran untuk cenderamata F1 di mana-mana platform dalam talian, pastikan anda semak terlebih dahulu sama ada kedai tersebut penjual sah atau tidak!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved