F1: Russell teruja raih ‘Grand Slam’ pertama

27 Sep 2026 • 6:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Russell teruja raih ‘Grand Slam’ pertama

BAKU – Pelumba Mercedes, George Russell seakan memberikan isyarat bahawa dia kembali menemui prestasi terbaik setelah muncul juara pada Grand Prix Azerbaijan semalam.

Berdasarkan statistik, Russell mempamerkan prestasi hujung minggu yang paling lengkap sepanjang karier F1 untuk menawan Litar Baku sekali gus mengecewakan Max Verstappen yang muncul pencabar paling hampir.

Russell memandu dengan cemerlang di Baku untuk meraih ‘Grand Slam’ pertama dalam kariernya apabola meraih petak pertama, mendahului perlumbaan sejak pusingan pertama, meraih kemenangan serta mencatatkan pusingan terpantas dalam perlumbaan.

Keputusan tersebut menyaksikan Russell mengurangkan jurang dengan rakan sepasukan Mercedes, Kimi Antonelli yang masih mendahului kejuaraan dunia sebanyak 66 mata dengan lapan perlumbaan berbaki.

Ini merupakan kali pertama sejak pusingan pertama musim ini Russell mengatasi Antonelli dengan begitu jelas dari semua sudut ketika pelumba Itali itu sekadar menamatkan saingan di kedudukan kelima.

Russell sebelum ini secara terbuka mengakui bahawa dia sukar memahami punca jurangnya dengan Antonelli, lalu mengaitkan perkara itu dengan cabaran berbeza untuk jentera baharu bagi musim 2026.

Bagaimanapun, Russell merasakan prestasinya di Baku merupakan bukti bahawa dia kini sudah berjaya melepasi fasa sukar tersebut.

“Saya rasa ini mungkin ‘Grand Slam’ pertama saya dalam Formula 1 dan sudah pasti hujung minggu paling dominan yang pernah saya lalui dalam karier. Jadi, ia hadir pada waktu yang sangat baik.

“Untuk mencapainya di litar yang memerlukan begitu banyak komitmen dan keyakinan, saya sangat berbangga kerana saya rasa amat mudah untuk saya hilang keyakinan pada musim ini.

“Saya sangat bangga dengan ketahanan yang saya dan kumpulan jurutera sepanjang tempoh-tempoh sukar tahun ini kerana terdapat begitu banyak kerja keras yang dilakukan untuk mengatasi beberapa cabaran dan menyesuaikan gaya pemanduan saya supaya lebih sesuai dengan kereta baharu ini,” jelasnya. – AGENSI

The post F1: Russell teruja raih ‘Grand Slam’ pertama appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved