Hadjar kembali beraksi di GP Azerbaijan

23 Sep 2026 • 4:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hadjar kembali beraksi di GP Azerbaijan

BAKU: Selepas tiga perlumbaan terpaksa diketepikan akibat kecederaan, Isack Hadjar akhirnya mendapat lampu hijau untuk kembali mengemudi jentera Red Bull pada Grand Prix (GP) Azerbaijan di Litar Bandar Baku, hujung minggu ini.

Pelumba Perancis itu sebelum ini terpaksa berehat selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan ketika menjalani latihan menjelang GP Belanda, Ogos lalu.

Lebih menarik, Hadjar turut mendapatkan pandangan juara dunia MotoGP, Marc Marquez mengenai langkah terbaik untuk kembali ke saingan Formula Satu (F1).

Marquez yang pernah melalui pengalaman sukar selepas kembali berlumba terlalu awal susulan kecederaan patah tulang humerus kanan pada 2020, menasihatkan Hadjar supaya tidak terburu-buru membuat kemunculan semula.

Nasihat itu ternyata diberi perhatian apabila Hadjar kini disahkan pulih dan bersedia kembali bersama Red Bull.

“Oracle Red Bull Racing berbesar hati mengalu-alukan kepulangan Isack Hadjar pada hujung minggu ini.

“Selepas berjaya pulih daripada kecederaan pergelangan tangan, Isack akan kembali beraksi di Litar Bandar Baku,” kata Red Bull dalam satu kenyataan.

Kepulangan Hadjar bagaimanapun menyaksikan Liam Lawson terpaksa mengosongkan kerusi Red Bull selepas mengambil alih tugas tersebut dalam tiga perlumbaan sebelum ini.

Lawson akan kembali bersama Racing Bulls untuk meneruskan baki musim ini di samping Arvid Lindblad. – AGENSI

The post Hadjar kembali beraksi di GP Azerbaijan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved