F1 Sepang ‘bermandi’ hujan petang ini

4 Oct 2026 • 4:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1 Sepang ‘bermandi’ hujan petang ini

PETALING JAYA – Perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) petang ini berlangsung dalam keadaan basah apabila Sepang disenaraikan antara kawasan yang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi amaran ribut petir yang dikeluarkan petang ini memaklumkan keadaan cuaca berkenaan dijangka berterusan sehingga pukul 5 petang.

Selain Sepang, beberapa kawasan lain di Selangor yang turut terlibat ialah Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Antara kawasan terlibat adalah Bagan Datuk, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang di Perak; Jeli dan Tanah Merah di Kelantan serta beberapa daerah di Terengganu termasuk Setiu, Hulu Terengganu, Dungun, Besut, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu.

Di Pahang pula, amaran membabitkan Rompin, Pekan, Cameron Highlands, Bera, Lipis dan Bentong manakala di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson, Jelebu, Jempol, Kuala Pilah serta Rembau.– KOSMO! ONLINE

The post F1 Sepang ‘bermandi’ hujan petang ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved