[VIDEO] Pancaragam Malaysia-Bahrain bergabung, iringi Negaraku dalam hujan lebat di SIC

4 Oct 2026 • 5:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Pancaragam Malaysia-Bahrain bergabung, iringi Negaraku dalam hujan lebat di SIC

PETALING JAYA – Alunan lagu kebangsaan, Negaraku dalam keadaan hujan lebat mencipta detik cukup istimewa sebelum bermulanya perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), petang tadi.

Dalam suasana trek yang dibasahi hujan, barisan pancaragam tetap teguh meneruskan persembahan sambil ribuan penonton berdiri bagi menghormati lagu kebangsaan.

Menerusi siaran langsung antarabangsa, lagu Negaraku dipersembahkan hasil gabungan antara Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja (PP KAD) dan Pancaragam Polis Bahrain.

Media Bahrain sebelum ini malah melaporkan gabungan itu merupakan kali pertama pemuzik kedua-dua negara disatukan dalam sebuah pancaragam bersama.

Detik Negaraku berkumandang dalam hujan itu turut menarik perhatian pengguna media sosial yang menyifatkannya sebagai antara momen paling unik dan penuh patriotik sepanjang penganjuran F1 di Sepang.

“Hari yang bersejarah buat Malaysia, saksikan lagu Negaraku berkumandang dalam hujan di tanah air sendiri,” komen Hashim.

“Goosebump (meremang) dengar lagu Negaraku di F1, bangga dengan negara sendiri,” komen Raisya.

Sementara itu, hujan lebat yang turun selepas persembahan lagu kebangsaan Malaysia dan Bahrain menyebabkan permulaan perlumbaan yang sepatutnya berlangsung pada pukul 3 petang dilewatkan seketika.

Terdahulu, MetMalaysia meramalkan Sepang antara kawasan yang mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved