F1: Verstappen dedah runding bersama pasukan baharu

16 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Verstappen dedah runding bersama pasukan baharu

MADRID – Juara dunia empat kali, Max Verstappen membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui pernah mempertimbangkan secara serius untuk meninggalkan Formula Satu (F1) sebelum melanjutkan kontraknya bersama Red Bull sehingga 2030 bulan lalu.

Pelumba Belanda berusia 28 tahun itu turut mengesahkan pernah mengadakan perbincangan dengan McLaren, namun menegaskan ketika itu kemungkinan untuknya bersara daripada F1 sebenarnya lebih besar berbanding berhijrah ke pasukan lain.

“Anda perlu memandang serius setiap perbincangan dengan pasukan lain. Tetapi, akhirnya, saya sebenarnya lebih hampir untuk meninggalkan F1 berbanding menandatangani kontrak dengan pasukan lain.

“Anda sama ada berhenti atau teruskan, jadi ia keputusan 50-50. Saya benar-benar mempertimbangkan untuk berhenti, tetapi akhirnya saya masih terlalu cintakan perlumbaan,” katanya.

Pengakuan itu hadir ketika Verstappen mengharungi musim sukar tanpa sebarang kemenangan selepas mendominasi F1 dengan merangkul empat gelaran dunia berturut-turut dari 2021 hingga 2024.

Keputusan naib juara pada Grand Prix (GP) Sepanyol di Madrid Ahad lalu menyaksikannya kini menghuni tangga keenam kejuaraan dunia, ketinggalan 147 mata di belakang pendahulu Mercedes, Kimi Antonelli.

Bagaimanapun, dia menegaskan keputusan menyambung kontrak bersama Red Bull bukan disebabkan tekanan luar kerana percaya tiada sebab untuk menangguhkan perjanjian sekiranya kedua-dua pihak masih mahu meneruskan kerjasama.

Verstappen turut menolak kemungkinan akan terus berlumba sehingga usia 40-an seperti Fernando Alonso dan hanya akan meneruskan karier selagi masih menikmati saingan F1. – AGENSI

 

The post F1: Verstappen dedah runding bersama pasukan baharu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved