Fabio Quartararo Sanggup Buat Apa Sahaja Demi Karier

10 Sep 2025 • 8:35 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Dalam satu temubual terbaru, Fabio Quartararo mengakui bahawa dia bersedia untuk mengambil langkah berani seperti yang telah dilakukan oleh Marc Marquez iaitu meninggalkan nilai gaji yang besar demi masa depan karier yang lebih bermakna dalam MotoGP.

Quartararo menyatakan bahawa keutamaannya kini bukan lagi pada wang, tetapi pada peluang untuk kembali bersaing merebut gelaran juara dunia. Dengan pengalaman pahit beberapa musim bersama Yamaha yang sukar memberikan jentera kompetitif, pelumba Perancis itu melihat masa depannya harus disusun semula walaupun ia menuntut pengorbanan besar dari segi bayaran.

“Saya rela buat macam Marc,” katanya, merujuk kepada keputusan Marquez yang meninggalkan Honda dan gaji lumayannya semata-mata untuk mencari peluang yang lebih cerah bersama pasukan yang mampu memberinya jentera terbaik.

Kenyataan ini memberi isyarat jelas bahawa Fabio terbuka untuk berhijrah ke pasukan lain asalkan ada potensi untuk kembali ke puncak. Dalam dunia perlumbaan kadang-kadang nilai sebenar bukan pada wang tapi pada peluang untuk mencipta sejarah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved