Fadhlina Lapor Polis Berhubung Video Fitnah, Berniat Jahat

LocalPolitics
24 Jun 2026 • 9:16 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Fadhlina Lapor Polis Berhubung Video Fitnah, Berniat Jahat

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fadhlina Sidek membuat laporan polis berkenaan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memfitnahnya.

Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan hari ini menzahirkan rasa kesal dengan kandungan video berkenaan yang disifatkan berniat jahat.

“Penyebaran video itu adalah berniat jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kehormatan dan membunuh karakter saya.

“Laporan polis telah dibuat dan saya mahu pihak polis menjalankan siasatan serta mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak untuk mengambil sikap yang jelas dalam soal fitnah, pembunuhan karakter dan pelecehan seksual terhadap ahli politik wanita.

— BERNAMA

The post Fadhlina Lapor Polis Berhubung Video Fitnah, Berniat Jahat appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved