Fadhlina tegur sikap pembangkang -“Jangan sesekali berjalan keluar daripada amanah rakyat”

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 4:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan wakil pembangkang keluar dari Dewan Rakyat ketika Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dibahaskan disifatkan sebagai meninggalkan amanah jutaan pendeposit.

Perbahasan ini bukan sekadar kepentingan kerajaan atau pembangkang

Menerusi hantaran yang dikongsikan di media sosial, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek menyatakan, perbahasan itu bukan sekadar berkaitan kepentingan kerajaan atau pembangkang, sebaliknya melibatkan amanah rakyat yang menyimpan wang sedikit demi sedikit bagi merealisasikan impian menunaikan ibadah Haji.

“Tetapi ketika tiba masanya untuk duduk dan mencari kebenaran, pembangkang memilih untuk berjalan keluar.
“Sedih,”katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Kalau kerajaan perlu menjawab, tuntut jawapan

Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan menyatakan, laporan RCI Tabung Haji dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan secara terbuka selepas persoalan mengenai institusi berkenaan dibangkitkan selama bertahun-tahun.

“Kalau ada yang salah, bongkarkan. Kalau kerajaan perlu menjawab, tuntut jawapan,” jelasnya.

Image from: Fadhlina tegur sikap pembangkang -“Jangan sesekali berjalan keluar daripada amanah rakyat”

Menurut beliau, Tabung Haji bukan sekadar sebuah institusi kewangan kerana ia melibatkan keringat dan pengorbanan jutaan rakyat Malaysia yang menyimpan wang demi merealisasikan impian menunaikan Rukun Islam kelima.

“Ada orang menyimpan di Tabung Haji bukan kerana mereka punya banyak wang. Mereka menyimpan kerana punya satu impian untuk menunaikan ibadah Haji, Rukun Islam kelima.
“Sebab itu Tabung Haji bukan sekadar sebuah institusi kewangan. Di dalamnya ada keringat, dan pengorbanan jutaan rakyat Malaysia,” katanya.

Image from: Fadhlina tegur sikap pembangkang -“Jangan sesekali berjalan keluar daripada amanah rakyat”

Fadhlina menegaskan perbezaan politik tidak seharusnya menyebabkan amanah terhadap rakyat diketepikan, khususnya apabila isu yang dibahaskan berkait rapat dengan kepentingan jutaan pendeposit Tabung Haji.

“Kita boleh berbeza politik. Tetapi jangan sesekali berjalan keluar daripada amanah rakyat,”katanya.

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved