Jangan berjalan keluar daripada amanah rakyat – Fadhlina

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 3:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jangan berjalan keluar daripada amanah rakyat – Fadhlina
Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Tindakan pembangkang keluar ketika laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dibahaskan di Dewan Rakyat disifatkan sebagai meninggalkan amanah jutaan pendeposit.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek berkata, perbahasan berkenaan bukan sekadar berkaitan kepentingan kerajaan atau pembangkang, sebaliknya menyentuh amanah rakyat yang menyimpan wang sedikit demi sedikit bagi menunaikan ibadah Haji.

“Tetapi ketika tiba masanya untuk duduk dan mencari kebenaran, pembangkang memilih untuk berjalan keluar.

“Sedih,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji

Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata, laporan RCI Tabung Haji dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan secara terbuka selepas persoalan mengenai institusi berkenaan dibangkitkan selama bertahun-tahun.

“Kalau ada yang salah, bongkarkan. Kalau kerajaan perlu menjawab, tuntut jawapan,” jelasnya.

Beliau berkata, Tabung Haji bukan sekadar sebuah institusi kewangan kerana ia melibatkan keringat dan pengorbanan jutaan rakyat Malaysia yang menyimpan wang demi merealisasikan impian menunaikan Rukun Islam kelima.

“Ada orang menyimpan di Tabung Haji bukan kerana mereka punya banyak wang. Mereka menyimpan kerana punya satu impian untuk menunaikan ibadah Haji, Rukun Islam kelima. Sebab itu Tabung Haji bukan sekadar sebuah institusi kewangan. Di dalamnya ada keringat, dan pengorbanan jutaan rakyat Malaysia,” katanya.

Fadhlina menegaskan perbezaan politik tidak seharusnya menyebabkan amanah terhadap rakyat diketepikan.

“Kita boleh berbeza politik. Tetapi jangan sesekali berjalan keluar daripada amanah rakyat,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved