Fahmi ingatkan, CSA bermula zaman Pas dalam Kabinet

LocalPolitics
1 Nov 2026 • 5:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Fahmi ingatkan, CSA bermula zaman Pas dalam Kabinet

MELAKA: Pas diingatkan bahawa Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang pertama ditandatangani pada 2021 ketika parti itu berada dalam Kabinet.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, tindakan Pas mempertikaikan CSA sebagai budaya politik baharu menimbulkan persoalan memandangkan ia bermula ketika mereka menganggotai kerajaan.

“CSA yang pertama ditandatangani pada 2021 sewaktu beliau berada dalam Kabinet.

“Jadi, budaya ini berlaku, bermula waktu dia (Pas) dalam Kabinet.

“Jadi, apa yang beliau cakapkan? Beliau yang memulakannya. Kabinet yang beliau anggotai itulah yang memulakan budaya tersebut,” katanya dalam sidang akhbar Program Kempen Internet Selamat di sini, hari ini.

Fahmi mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa CSA tidak boleh dijadikan budaya politik baharu negara.

Tuan Ibrahim berkata, pendekatan itu seolah-olah tidak mengiktiraf pilihan rakyat, selain menyemarakkan salah guna kuasa demi mendapatkan sokongan.

Tambahnya, kerajaan sebaliknya perlu menyediakan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen yang dipilih rakyat tanpa mengira parti atau kedudukan mereka sebagai kerajaan mahupun pembangkang.

Fahmi menegaskan bahawa CSA bukan sesuatu yang menyalahi undang-undang, sebaliknya bertujuan membina persefahaman politik dan mewujudkan kestabilan.

Katanya, kestabilan tersebut membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat serta pelaksanaan reformasi institusi.

“Tidak ada salah, ini bukan satu perkara yang melanggar undang-undang.

“Dia membina persefahaman dan bagi saya mewujudkan satu keadaan yang stabil, memberi fokus keutamaan kepada rakyat serta reformasi institusi.

“Kalau benda yang baik boleh dihasilkan, kenapa perlu dibantah?” katanya.

Fahmi berkata, kerajaan masih membuka ruang kepada mana-mana pihak yang mahu menandatangani CSA.

“Kecuali beliau ada rakan-rakan yang ingin menandatangani, kita terbuka dan kita tak menghalang.

“Sesiapa yang nak tandatangan, yang belum tandatangan, boleh. Pintu menandatangani CSA itu masih terbuka, tetap terbuka,” katanya. – UTUSAN

The post Fahmi ingatkan, CSA bermula zaman Pas dalam Kabinet appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved