FamilyMart Siasat Isu Video Tular, Gantung Tugas Pekerja Yang Terlibat

28 May 2026 • 5:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

FamilyMart Siasat Isu Video Tular, Gantung Tugas Pekerja Yang Terlibat

FamilyMart Siasat Isu Video Tular, Gantung Tugas Pekerja Yang Terlibat

FamilyMart Malaysia memaklumkan bahawa kakitangannya yang terlibat dalam video tular telah digantung tugas serta-merta.

Menerusi satu kenyataan di ruangan komen, FamilyMart berkata pihaknya tidak bertolak ansur terhadap sebarang tingkah laku kasar.

Baca juga:

"Kami maklum mengenai video tersebut dan pasukan kami sedang menyiasat insiden berkenaan dengan keutamaan serta tindakan segera.

"FamilyMart tidak bertolak ansur terhadap sebarang tingkah laku kasar, tidak selamat atau tidak menghormati sesiapa di premis kami.

"Kami menghargai kesabaran anda sementara siasatan sedang dijalankan," katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, FamilyMart mengendalikan isu ini dengan serius dan tindakan akan diambil.

Image from: FamilyMart Siasat Isu Video Tular, Gantung Tugas Pekerja Yang Terlibat

Terdahulu, tular satu video yang menyaksikan seorang penghantar makanan disimbah kuah oden oleh seorang kakitangan kedai serbaneka itu.