Tular Penunggang Motosikal Bertekak Dengan Geng Supercar Selepas Nyaris Dirempuh Di Jalan Raya [Video]

LocalLifestyle
28 May 2026 • 11:01 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Tular Penunggang Motosikal Bertekak Dengan Geng Supercar Selepas Nyaris Dirempuh Di Jalan Raya [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak kiralah jenis kenderaan yang dibawa, setiap pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Namun, ada segelintir pengguna yang dilihat mementingkan diri serta mengabaikan peraturan sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Kereta Mewah Bawa Laju Nyaris Rempuh Penunggang Motosikal

Sejak petang semalam (27 Mei), tular di media sosial rakaman seorang penunggang motosikal dipercayai influencer, Malkodok dan Haqiem Stopa yang membonceng nyaris dirempuh oleh sekumpulan supercar.

Menerusi video tular, Malkodok yang pada ketika itu berada di lorong tengah jalan raya bersama rakannya yang lain dilihat santai dan tenang menikmati perjalanannya.

Namun tiba-tiba, datang empat buah kereta mewah yang dipandu laju pada lorong paling kanan menyebabkan penunggang motosikal dalam video terbabit kelihatan terkejut.

Penunggang Motosikal Tegur Geng Kereta Mewah Yang Nyaris Melanggarnya

Setelah beberapa ketika, kumpulan kereta mewah berkenaan dilihat berhenti di bahu jalan.

Peluang itu digunakan oleh penunggang motosikal terbabit yang berang dengan apa yang telah berlaku lalu menegur geng supercar itu.

Namun teguran penunggang motosikal terbabit dilihat mencetuskan perbalahan hingga kedua-dua mereka dilihat saling bertengkar antara satu sama lain.

Manakan tidak, salah seorang dari kumpulan kereta berkenaan menjawab dengan nada biadap dengan menyebut “tak mati pun kan?”.

Kenyataan itu nyata mencetuskan kemarahan penunggang motosikal dan rakan-rakannya.

Menerusi video itu juga, kelihatan salah seorang kumpulan kereta mewah berkenaan menghulurkan wang dipercayai sebanyak RM100 sebagai tanda maaf.

Namun wang tersebut tidak diterima oleh penunggang motosikal berkenaan dan mereka kemudiannya dilihat berlalu pergi.

Warganet Beri Pendapat Masing-Masing, Ada Yang Kecam Pemandu Kereta, Ada Yang Persoal Penunggang Motosikal

Video yang mendapat lebih 798,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing memberi pendapat sendiri apabila melihat situasi tersebut.

Ada sesetengah daripada mereka mengecam tindakan geng kereta mewah berkenaan yang dilihat membahayakan pengguna jalan raya lain.

Namun ada juga yang mempersoal tindakan penunggang yang membawa motosikalnya di lorong tengah lebuh raya sedangkan dengan cara pemanduannya itu, dia sepatutnya berada pada lorong kiri.

Ramai Percaya Ia Hanya Konten Kerana Ada Beberapa Content Creator

Pun begitu, ramai yang menganggap video berkenaan hanyalah sekadar konten untuk memancing tontonan (views).

Ini kerana kandungan asal video tersebut dimuat naik di akaun media sosial Haqiem Stopa yang sebelum ini pernah mendapat jolokan ‘Ikon Permotoran’.

Malah bagi menguatkan teori yang ia hanyalah konten, netizen turut berkongsi selain Haqiem Stopa dan Malkodok, beberapa content creator lain turut terlibat dalam ‘insiden’ tersebut seperti Adrielleiman dan Bangbob T20.

@haqiemstopa_starlive_oe

Nyawa org bukan nilai rm100 ko tu,yg baju putih tu org dh gerak baru nk huha.kami 5 org je bos bkn 20 org.

♬ original sound – Haqiemstopa – Haqiemstopa

Tonton video penuh [DI SINI]

Semakan kami turut mendapati Adrielleiman sememangnya mempunyai sebuah kereta supercar dengan warna hijau.

Image from: Tular Penunggang Motosikal Bertekak Dengan Geng Supercar Selepas Nyaris Dirempuh Di Jalan Raya [Video]

Ini antara komen menarik pengguna media sosial:

“Memanglah Tak Mati, Kalau Takdir Allah Langgar Orang Macam Mana? B*doh Betul Perangai, Bawa Kereta Pentingkan Diri”

Image from: Tular Penunggang Motosikal Bertekak Dengan Geng Supercar Selepas Nyaris Dirempuh Di Jalan Raya [Video]

“Dua-Dua Salah, Motor Bawa Macam Cari Rumah Sewa Tapi Duduk Lorong Tengah, Kereta Bawa Laju Macam Dia Je Atas Jalan”

Image from: Tular Penunggang Motosikal Bertekak Dengan Geng Supercar Selepas Nyaris Dirempuh Di Jalan Raya [Video]

“PDRM, Boleh Kutip Tak Pemandu Merbahaya Gini?”

Image from: Tular Penunggang Motosikal Bertekak Dengan Geng Supercar Selepas Nyaris Dirempuh Di Jalan Raya [Video]

“Macam Adrielleiman Je Tu”

Image from: Tular Penunggang Motosikal Bertekak Dengan Geng Supercar Selepas Nyaris Dirempuh Di Jalan Raya [Video]

“Konten Jela, Aku Baru Tengok Diorang Ni Live”

Image from: Tular Penunggang Motosikal Bertekak Dengan Geng Supercar Selepas Nyaris Dirempuh Di Jalan Raya [Video]

“Konten Je Ni”

Image from: Tular Penunggang Motosikal Bertekak Dengan Geng Supercar Selepas Nyaris Dirempuh Di Jalan Raya [Video]

“Marketing Cantik Punya”

Image from: Tular Penunggang Motosikal Bertekak Dengan Geng Supercar Selepas Nyaris Dirempuh Di Jalan Raya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Satu Malaysia Kena Scam” – Rupanya Video Lelaki Ludah Kena Lengan Sendiri Hanya Konten [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dikecam Di TikTok Kerana Minta MacBook, Wanita Dedah Hanya Terima RM100 Untuk Konten

View Original Article