Farasu gabung metal Nusantara dan jiwa orkestra menerusi Nusachestra EP

Music
24 Aug 2026 • 3:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Farasu

PETALING JAYA: Kumpulan indie metal, Farasu kembali dengan karya terbaharu, Nusachestra EP, yang menggabungkan identiti metal Nusantara dengan elemen tradisi dan muzik orkestra dalam suasana gelap serta sinematik.

Menurut Farasu, karya berkenaan memperlihatkan sisi muzik mereka yang terus meneroka akar budaya Nusantara, namun diolah menerusi pendekatan metal yang berat, dramatik dan tersendiri.

Katanya, Nusachestra EP memuatkan empat lagu iaitu Pertabalan Jinn, Tangisan Malam, Bidikan Rentaka dan Against Tyranny.

“Melalui Nusachestra, Farasu bukan sekadar mengetengahkan muzik metal dengan sulaman orkestra, tetapi cuba membentuk sebuah pengalaman bunyi yang menggabungkan warisan, kegelapan, mitologi dan semangat Nusantara dalam satu dunia muzik tersendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut kumpulan itu, Nusachestra turut meneruskan eksplorasi mereka terhadap konsep Nusantara Metal dengan menggabungkan kekuatan riff metal bersama elemen budaya dan atmosfera orkestra.

Farasu

Pendekatan berkenaan sekali gus memberi ruang kepada unsur tradisional untuk diangkat dalam susunan muzik yang lebih gelap, agresif dan sinematik.

Selain versi digital, rilisan fizikal Nusachestra EP turut menjadi sebahagian daripada koleksi rasmi Farasu, sekali gus memberi peluang kepada peminat mendapatkan karya berkenaan dalam bentuk fizikal.

Nusachestra EP kini boleh didengarkan menerusi platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Bandcamp dan YouTube.

The post Farasu gabung metal Nusantara dan jiwa orkestra menerusi Nusachestra EP appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved