Pendapatan Texchem tumbuh 8.8% kepada RM309.5 juta bagi 2QFY26 dengan untung meningkat 524%

LocalBusiness & Finance
30 Jul 2026 • 6:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pendapatan Texchem tumbuh 8.8% kepada RM309.5 juta bagi 2QFY26 dengan untung meningkat 524% Image from: Pendapatan Texchem tumbuh 8.8% kepada RM309.5 juta bagi 2QFY26 dengan untung meningkat 524% amree30/07/2026 - 18:15 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 JulaiTexchem Resources Berhad mencatatkan pertumbuhan hasil 8.8% kepada RM309.5 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 berbanding RM284.4 juta bagi tempoh sama sebelumnya.

 

Prestasi memberangsangkan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih kukuh daripada bahagian perindustrian, restoran, dan kejuruteraan polimer dikendalikan kumpulan tersebut sepanjang 2QFY26.

 

Seiring kenaikan hasil, ia turut merekodkan lonjakan keuntungan bersih sebanyak 524.2% kepada RM7.97 juta bagi suku dikaji, berbanding RM1.28 juta yang dicatatkan pada suku kedua tahun 2025.

 

"Bahagian perindustrian muncul sebagai penyumbang utama dengan hasil RM149.5 juta, disokong oleh aktiviti penambahan stok pelanggan," kata Texchem dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia.

 

Situasi positif berkenaan ujar kumpulan tersebut, berikutan gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan geopolitik, selain sumbangan daripada segmen perubatan dan semikonduktor.

 

Sementara bahagian kejuruteraan polimer mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) lebih tinggi sebanyak RM6.5 juta, didorong pertumbuhan dalam segmen memori data (wafer/semikonduktor).

 

Texchem_DagangNews2026

 

Bagi bahagian makanan, syarikat menunjukkan pemulihan dengan mencatatkan PBT RM1.0 juta berbanding kerugian pada tahun sebelumnya, susulan prestasi eksport tepung ikan dan harga jualan lebih baik.

 

"Dalam pada itu, bahagian restoran mencatatkan PBT RM1.8 juta yang dipacu penjimatan kos melalui penutupan cawangan yang rugi sebagai sebahagian inisiatif pengoptimuman operasi," kataTexchem.

 

Bagi tempoh kumulatif enam bulan berakhir 30 Jun 2026, kumpulan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM10.5 juta, meningkat 390.9% daripada RM2.1 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

 

Melangkah ke hadapan, kumpulan berkenaan masih optimis secara berhati-hati untuk mengekalkan prestasi yang stabil meskipun perlu berdepan dengan cabaran ketidaktentuan pasaran global. 

 

Texchem menjangka bahagian kejuruteraan polimer terus meraih manfaat daripada pertumbuhan rantaian bekalan semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), serta industri sains hayat dan perubatan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved