Fauziah Nawi Nasihat Jangan Mudah Cari Salah Dan Persendakan Orang Lain - “Mereka Lupa Bahawa…”

9 Nov 2026 • 7:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Fauziah Nawi Nasihat Jangan Mudah Cari Salah Dan Persendakan Orang Lain - “Mereka Lupa Bahawa…”

Aktres versatil, Datuk Fauziah Nawi menasihatkan orang ramai agar tidak mudah menghukum atau merendahkan orang lain tanpa mengetahui perjalanan hidup serta perjuangan yang dilalui mereka.Menerusi perkongsian di Threads, Fauziah berkata, ada individu begitu mudah mencari kesalahan sehingga merasakan diri berhak mempersendakan kehidupan orang lain.“Ada manusia yang begitu mudah menghukum, menghina, mencari kesalahan dan mempersendakan orang lain.“Seolah-olah dirinya terlalu sempurna sehingga merasakan mempunyai hak untuk merendahkan kehidupan orang lain,” tulisnya.Dalam perkongsian sama, penerima Anugerah Sepanjang Zaman Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) itu turut mengingatkan bahawa setiap individu mempunyai kelemahan dan kisah hidup yang tidak semestinya diketahui umum.“Mereka lupa bahawa setiap manusia mempunyai perjalanan hidup, kelemahan, kesilapan dan perjuangan yang tidak semestinya diketahui oleh orang lain,” katanya.Bagaimanapun, Fauziah tidak menamakan mana-mana individu atau memperincikan situasi yang dimaksudkan menerusi perkongsian tersebut.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved