liza10/11/2026 - 18:01 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com KUALA LUMPUR 10 Nov – Favelle Favco Berhad (FFB) memperoleh dua tempahan pembelian bernilai keseluruhan RM83.7 juta bagi membekalkan kren menara kepada dua pelanggan di Australia.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata tempahan itu diterima menerusi anak syarikat milik penuhnya, Favelle Favco Cranes Pty Ltd, masing-masing daripada Marr Contracting Pty Ltd dan G A Caelli Holdings Trust.
“Menerusi tempahan pertama daripada Marr Contracting Pty Ltd, Favelle Favco Cranes akan membekalkan kren menara yang dijangka dihantar pada suku pertama 2027.
“Sementara itu, tempahan daripada G A Caelli Holdings Trust turut membabitkan pembekalan kren menara dengan penghantaran dijadualkan menjelang akhir 2027,” katanya.
Sumbangan kepada pendapatan kumpulan
FFB menjangkakan kedua-dua tempahan itu menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 serta tahun-tahun kewangan berikutnya.
Kedua-dua pesanan tersebut mempunyai nilai gabungan kira-kira RM83.7 juta yang menambah tempahan baharu bagi perniagaan pembekalan kren menara kumpulan itu.
Bagaimanapun, syarikat tidak memperincikan nilai setiap pesanan secara berasingan dalam pengumuman berkenaan.- DagangNews.com





