UEM Sunrise terima RM415 juta daripada EXSIM bagi pembangunan tanah di KLCC

30 Oct 2026 • 6:25 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

UEM Sunrise terima RM415 juta daripada EXSIM bagi pembangunan tanah di KLCC Image from: UEM Sunrise terima RM415 juta daripada EXSIM bagi pembangunan tanah di KLCC liza30/10/2026 - 18:25 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 Okt – UEM Sunrise Berhad menerima bayaran penuh sebanyak RM415 juta daripada EXSIM KL City Centre Sdn Bhd bagi hak pembangunan tanah komersial seluas kira-kira 0.64 hektar (1.59 ekar) di kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

 

Bayaran itu diterima menerusi anak Syarikat tidak langsung milik penuhnya, Aurora Tower at KLCC Sdn Bhd susulan pemeteraian Perjanjian Hak Pembangunan (Development Rights Agreement atau DRA) dengan EXSIM KL City Centre.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, UEM Sunrise berkata baki bayaran bagi hak yang dijamin (Guaranteed Entitlement) berjumlah RM415 juta itu diterima pada 30 Oktober 2026 yang melengkapkan keseluruhan pembayaran mengikut terma perjanjian berkenaan.

 

Perjanjian DRA itu melibatkan tanah komersial yang dipegang di bawah Geran 4733, Lot 149, Seksyen 58, Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

UEM Sunrise sebelum ini mengumumkan cadangan perjanjian berkenaan pada 3 Julai 2026, dengan Aurora Tower at KLCC bertindak sebagai pihak yang memberikan hak pembangunan kepada EXSIM.

 

EXSIM KLCC Sdn Bhd yang terlibat dalam perjanjian asal itu kemudiannya menukar nama kepada EXSIM KL City Centre Sdn. Bhd.

 

ARTIKEL BERKAITAN: UEM Sunrise, EXSIM KLCC bekerjasama laksana pembangunan hartanah premium di KLCC

 

Nilai tanah lebih tinggi daripada penilaian pasaran

Beberapa firma penyelidikan menyifatkan nilai hak pembangunan terjamin RM415 juta itu bersamaan kira-kira RM6,000 setiap kaki persegi, lebih tinggi berbanding nilai pasaran tanah tersebut sebanyak RM327 juta atau sekitar RM4,730 setiap kaki persegi.

 

Menurut CGS International, perbezaan nilai berkenaan menunjukkan UEM Sunrise berjaya mendapatkan harga tanah yang premium bagi aset yang tidak menjana pendapatan sebelum ini.

 

Sebagai perbandingan, beberapa transaksi tanah berhampiran Jalan Yap Kwan Seng dan kawasan sekitarnya mencatatkan nilai lebih rendah, termasuk penjualan tanah oleh Malayan United Industries Berhad kepada Mah Sing Group Berhad pada harga sekitar RM4,019 setiap kaki persegi pada Ogos 2025.

 

Selain itu, transaksi penjanaan hasil daripada tanah oleh IOI Properties Group Berhad kepada Paramount Corporation Berhad pada Mac 2026 direkodkan sekitar RM1,600 setiap kaki persegi. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved