MM Computer Systems raih tempahan RM51.6 juta bekal peralatan komputer berprestasi tinggi

LocalBusiness & Finance
3 Nov 2026 • 6:08 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MM Computer Systems raih tempahan RM51.6 juta bekal peralatan komputer berprestasi tinggi Image from: MM Computer Systems raih tempahan RM51.6 juta bekal peralatan komputer berprestasi tinggi liza03/11/2026 - 18:08 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 3 Nov – MM Computer Systems Berhad (MMCS) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Micro Technology Solution Sdn Bhd (MTS) meraih tempahan bernilai RM51.58 juta bagi membekalkan pelayan (server) berprestasi tinggi yang dilengkapi unit pemprosesan grafik (GPU) kepada sebuah syarikat di Malaysia.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MMCS berkata tempahan pembelian itu diterima pada 3 November 2026 daripada pelanggan yang identitinya tidak didedahkan atas faktor kerahsiaan.

 

“MTS akan membekalkan server berprestasi tinggi berasaskan GPU yang menyokong pelbagai aplikasi AI, pemprosesan data dan pengkomputeran kompleks,” katanya.

 

Server berkenaan direka untuk menyokong beban kerja pengkomputeran intensif, termasuk aplikasi kecerdasan buatan generatif (generative AI), latihan dan pelaksanaan model bahasa besar (large language model atau LLM), pembelajaran mendalam (deep learning) serta analisis data lanjutan.

 

Ia turut menyokong pengkomputeran berprestasi tinggi yang digunakan bagi melaksanakan tugasan pemprosesan data dan pengiraan yang kompleks.

 

Pelanggan yang membuat tempahan itu merupakan sebuah syarikat persendirian di Malaysia yang terbabit dalam penyediaan infrastruktur telekomunikasi dan perkhidmatan pusat data, pembinaan menara telekomunikasi serta pusat data, selain penyediaan sistem keselamatan teknologi maklumat.

 

Tempoh pembekalan 25 hari bekerja

MMCS berkata tempahan pembelian itu perlu dipenuhi dalam tempoh 25 hari bekerja selepas MTS menerima bayaran pendahuluan sebanyak 50% daripada keseluruhan nilai pesanan.

 

MTS merupakan anak syarikat milik penuh MMCS yang diperbadankan di Malaysia pada 19 Jun 2003 dan terlibat dalam penyediaan penyelesaian teknologi maklumat, termasuk infrastruktur dan rangkaian teknologi maklumat, keselamatan siber, perkhidmatan penyumberan luar teknologi maklumat serta penjualan dan penyewaan perkakasan dan perisian. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved