Nama usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mencuri perhatian ramai selepas satu video memaparkan dirinya kelihatan tidak selesa ketika sesi live Nightwalk tular di media sosial.
Menerusi perkongsian Datuk Fazley Yaakob di Instagram, sesi Nightwalk bersama Roslan Shah itu difahamkan terpaksa dihentikan lebih awal selepas DS Vida dikatakan mengalami gangguan yang agak kuat pada malam tersebut.
DS Vida seakan nak muntah ketika dibacakan ayat suci Al-Quran
Dalam video berkenaan, Fazley dilihat segera membantu dengan membacakan ayat suci Al-Quran sambil memegang kepala DS Vida.
Lebih mencuri perhatian, DS Vida memberi reaksi seakan mahu muntah ketika Fazley membacakan ayat berkenaan.
Menurut Fazley, keadaan DS Vida bagaimanapun kembali pulih pada malam yang sama dan dia meminta orang ramai tidak bimbang.
Fazley terima banyak DM tanya keadaan DS Vida

Dalam hantaran sama, Fazley turut berterima kasih kepada orang ramai yang menghantar mesej untuk bertanyakan khabar DS Vida.
Selain itu, Fazley memaklumkan ramai juga yang mahu tahu ayat yang dibacakan olehnya serta bertanya sama ada benar wujud gangguan makhluk halus.
Fazley kemudian menjelaskan kewujudan jin dan syaitan ada disebut dalam Al-Quran, antaranya menerusi kisah Nabi Sulaiman AS.
The post Fazley Yaakob Tak Kosong, Tampil Rawat DS Vida Yang Tiba-Tiba ‘Diganggu’ Ketika Live Nightwalk appeared first on Oh! Media.





