Intipati berita
- Fazley Yaakob mencuri perhatian apabila memberikan ucapan romantik kepada Datuk Seri Vida sempena hari lahirnya yang ke-55.
- Fazley mengakui tidak sabar untuk hidup bersama Vida dan meluahkan rasa sayang menerusi hantaran di Threads.
- Fazley berjanji mahu menjaga Vida dengan baik serta berharap urusan mereka menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan.
- Fazley turut berkongsi keterujaan membayangkan kehidupan bersama Vida, termasuk menikmati sarapan bihun goreng dengan budu.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian apabila memberikan ucapan romantik buat usahawan sensasi, Datuk Seri Vida sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-55.
Menurut satu hantaran di Threads pada Sabtu, Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, 48, meluahkan rasa bertuah kerana mengenali Vida yang disifatkannya sebagai insan paling comel dan sentiasa menceriakan kehidupannya.
Fazley Yaakob janji sesuatu?

Menerusi ucapan tersebut, Fazley tidak menyembunyikan perasaannya terhadap Vida, malah mengakui sudah tidak sabar untuk menjalani kehidupan bersama wanita itu.
Selamat hari lahir sayang. Jujur saya cakap, saya rasa bertuah sayangkan bidadari yag paling comel dan selalu ceriakan hidup saya.
Tak sabar rasanya nak sehidup semati. Saya sayangkan awak sangat-sangat.
Lebih menarik, Fazley turut berharap agar segala urusan mereka menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan. Dia juga berjanji untuk menjaga Vida dengan baik serta menghadapi susah dan senang bersama-sama.
Semoga dipermudahkan urusan kita ke pelaminan. Abang nak jaga sayang baik-baik, nak tengok sayang senyum sahaja. Susah senang, kita hadap sama-sama.
Saya sayang awak, sayang. Selamanya abang awak.
Terbayang sarapan bihun goreng dengan budu?

Dalam masa sama, Fazley turut berkongsi keterujaannya untuk menikmati sarapan bihun goreng bersama Vida apabila mereka melangkah ke fasa kehidupan seterusnya.
Sebelum ini, Fazley pernah memberikan bayangan bahawa hubungannya dengan Vida berpotensi menuju ke jenjang pelamin. Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa perancangan perkahwinan itu memerlukan masa serta penelitian rapi mengikut adat dan situasi semasa.
Untuk rekod, Fazley dan Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 55, mula akrab selepas mereka bersama anak masing-masing, Cik B dan Farieds, menyertai program Talk To My Manager (TTMM) musim kedua.
The post Fazley Yaakob Beri Ucapan Romantik Kepada Datuk Seri Vida Sempena Hari Lahir Undang Perhatian appeared first on Oh! Media.





