Firdaus Wong Cadang Polis Tahan Pihak Bina Kuil Tanpa Kebenaran, Bukan Hanya Pelaku Vandalisme

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 3:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Firdaus Wong Cadang Polis Tahan Pihak Bina Kuil Tanpa Kebenaran, Bukan Hanya Pelaku Vandalisme

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mencadangkan pihak polis turut mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa membina kuil tanpa kebenaran, selain menyiasat pelaku yang merosakkan arca di sebuah kuil di Bukit Tinggi, Bentong baru-baru ini.

Firdaus berkata, kedua-dua pihak wajar dikenakan tindakan sekiranya siasatan mendapati mereka melanggar undang-undang.

Katanya, tindakan merosakkan rumah ibadat atau simbol keagamaan pihak lain juga tidak boleh dibenarkan dan perlu ditangani mengikut lunas undang-undang.

“Saya setuju dengan kenyataan Young Syefura. Tidak boleh merosakkan berhala atau sembahan orang lain. Perkara itu jelas dalam Islam.

“Sebagaimana pihak berkuasa memburu pihak yang terlibat merosakkan berhala di kuil haram tersebut yang kita tidak tahu siapa mereka, saya juga ingin mencadangkan sesuatu yang lebih mudah dilaksanakan.

“Tahan penceroboh tanah tersebut dan dakwa mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Baca juga:

Menurut Firdaus, pihak polis dipercayai mengetahui identiti individu yang bertanggungjawab membina kuil berkenaan susulan tiga laporan polis yang dibuat pihak berkaitan.

Jelasnya, keadaan itu sepatutnya memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sekiranya wujud kesalahan undang-undang.

“Pemecah berhala, tak pasti siapa yang melakukannya. Pelaku mesti dikenakan tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.

“Penceroboh tanah dan pembina kuil haram pula, pihak polis tahu siapa pelakunya kerana mereka yang membuat laporan polis.

“Takkan pemecah berhala perlu diburu dan dikenakan tindakan tetapi penceroboh tanah dan pembina kuil haram tersebut tak dikenakan sebarang tindakan?” soalnya.

Dalam pada itu, Firdaus menyamakan situasi berkenaan dengan keadaan seseorang yang melakukan kesalahan kemudian membuat laporan polis selepas hasil atau barangan berkaitan kesalahan tersebut dicuri dan kenderaannya dirosakkan.

Ujarnya, tindakan undang-undang perlu dilaksanakan secara adil terhadap semua pihak yang didapati melakukan kesalahan, tanpa mengira siapa mereka.

“Perompak tidak ditahan dan didakwa kerana merompak, tetapi pencuri diburu kerana mencuri hasil rompakan serta merosakkan kenderaan perompak,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved