Fon Telinga Soundcore Sleep A30 Dilancarkan Dengan Ciri Pengesanan Dengkur

TechnologyDigital
29 May 2025 • 6:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anker memperkenalkan Soundcore Sleep A30 iaitu fon telinga nirwayar yang direka untuk kegunaan waktu tidur. Fon telinga ini dilengkapi dengan pemandu audio bersaiz kecil serta dua sensor bunyi yang mampu mengesan bunyi persekitaran. Ciri utama Sleep A30 ialah pembatalan hingar aktif yang boleh disesuaikan dalam tiga mod, sama ada adaptif, aktif, atau dimatikan sepenuhnya bergantung pada keupayaan penebat bunyi semula jadi.

image is not available

Fon telinga ini membantu pengguna tidur lebih lena dengan menyekat bunyi dengkuran. Bekas pengecasnya turut boleh mengesan dengkuran dan menyesuaikan audio secara automatik untuk pengalaman tidur yang lebih selesa. Ia turut menampilkan AI Brainwave Audio, yang berfungsi untuk menyesuaikan bunyi persekitaran bagi membantu pengguna tidur lebih cepat. Selain itu, ia boleh berfungsi sehingga 9 jam secara berterusan dan sehingga 45 jam dengan bantuan pod pengecas.