Tiga pekerja kilang ditahan, bahan produksi RM355,000 lesap

8 Sep 2026 • 9:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga pekerja kilang ditahan, bahan produksi RM355,000 lesap
Polis menahan tiga pekerja syarikat terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 28 hingga 35 tahun bagi membantu siasatan. Foto hiasan

IPOH - Polis menahan tiga pekerja sebuah kilang di kawasan perindustrian Pulai Jaya di sini selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian bahan produksi bernilai tinggi, membabitkan kerugian RM355,000.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7 September lalu selepas syarikat terbabit mengesan kehilangan bahan yang digunakan dalam proses pengeluaran.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebanyak 64 gulung bahan produksi dilaporkan hilang dari premis berkenaan.

"Bertindak atas laporan itu, polis menahan tiga pekerja syarikat terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 28 hingga 35 tahun bagi membantu siasatan.

"Polis turut sedang mengesan seorang lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Tambahnya, kesemua suspek yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Ipoh pada Selasa bagi permohonan reman.

"Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti jumlah sebenar kehilangan, nilai kerugian serta peranan setiap individu yang terlibat," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved