Fujifilm Mengacah Kehadiran Kamera Bersaiz Kompak Baharu

TechnologyDigital
23 Apr 2025 • 3:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fujifilm telah melancarkan video promosi untuk kamera baharu dengan slogan Half the Size, Twice the Story. Video tersebut memperlihatkan beberapa ciri utama kamera termasuk viewfinder, tombol di bawah butang pengatup, dan ruangan untuk tali kamera.

Rekaan fizikal kamera turut menunjukkan logo Fujifilm Provia, yang mengesahkan kamera ini menyokong simulasi filem. Dengan saiz lensa yang kecil, kamera ini dijangka jauh lebih kompak berbanding Fujifilm X100 VI. Fujifilm telah menetapkan tarikh pelancaran rasmi kamera ini pada 22 Mei 2025 di New York.