“Function Gila Group” Suami Tertidur Dalam Lori, Isteri Minta Bantuan Dalam Group Isteri Pemandu Lori

Family & ParentingLifestyle
8 Oct 2026 • 2:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Function Gila Group” Suami Tertidur Dalam Lori, Isteri Minta Bantuan Dalam Group Isteri Pemandu Lori

Bila melibatkan keselamatan orang tersayang, sudah tentu setiap isteri mahu memastikan suaminya sentiasa berada dalam keadaan baik, terutama ketika bekerja jauh dari keluarga.

Lebih-lebih lagi bagi suami yang bekerja sebagai pemandu lori dan perlu kerap melakukan perjalanan jauh di jalan raya.

Atas rasa bimbang itu, beberapa wanita mengambil inisiatif menubuhkan kumpulan WhatsApp bagi memudahkan mereka mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan kepada suami masing-masing.

Begitulah perkongsian dari @indhprnamasarii yang meminta bantuan dari isteri-isteri pemandu lori lain untuk memeriksa keadaan suaminya yang sedang melakukan perjalanan malam dari Johor Bahru menuju ke Gopeng.

Suami Tertidur Dalam Lori, Isteri Minta Bantuan Dalam Group Isteri Pemandu Lori

Image from: “Function Gila Group” Suami Tertidur Dalam Lori, Isteri Minta Bantuan Dalam Group Isteri Pemandu Lori

Dalam perkongsiannya, dia telah memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan perbualannya dengan isteri-isteri pemandu lain.

Awalnya, @indhprnamasarii bertanya jika ada suami yang sedang memandu menuju ke lokasi Rehat dan Rawat (RnR) Dengkil kerana suaminya ketika itu sedang berehat di situ.

Ujarnya, dia sudah beberapa kali menghubungi suaminya namun panggilannya tidak dijawab, oleh itu dia mahu meminta bantuan untuk mengejutkan suaminya.

Hanya dalam masa beberapa minit sahaja, salah seorang daripada ahli dalam kumpulan itu memaklumkan mereka boleh membantu memeriksa keadaan suami @indhprnamasarii.

Mereka kemudian meminta maklumat lori suami @indhprnamasarii sebelum menemuinya sedang tertidur di lori.

Malah, mereka turut mengambil foto suami @indhprnamasarii untuk menunjukkan bahawa dia dalam keadaan baik-baik sahaja.

Baca juga:

Menerusi ruangan kapsyen, @indhprnamasarii meluahkan rasa syukur atas kehadiran rakan-rakan di kumpulan Whatsapp itu kerana telah membantunya.

"Dia boleh nyengeh je ek. Dia tak tahu bini dia kat rumah dah gelabah beruk. Whatsapp tak balas, lokasi ditutup, telefon mati.

"Nasib baik ada kawan-kawan, kalau tak mau aku gi gegor lori dia kat Dengkil sana hah," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya memuji inisiatif para wanita itu kerana ia sangat memudahkan tugas seorang isteri disamping menghilangkan kerisauan tentang keadaan suami.

Image from: “Function Gila Group” Suami Tertidur Dalam Lori, Isteri Minta Bantuan Dalam Group Isteri Pemandu Lori
Image from: “Function Gila Group” Suami Tertidur Dalam Lori, Isteri Minta Bantuan Dalam Group Isteri Pemandu Lori
Image from: “Function Gila Group” Suami Tertidur Dalam Lori, Isteri Minta Bantuan Dalam Group Isteri Pemandu Lori

Dalam pada itu, ada juga para isteri yang mengambil kesempatan untuk meminta kebenaran menyertai kumpulan Whatsapp itu kerana suami mereka juga bekerja sebagai pemandu lori.

Image from: “Function Gila Group” Suami Tertidur Dalam Lori, Isteri Minta Bantuan Dalam Group Isteri Pemandu Lori
Image from: “Function Gila Group” Suami Tertidur Dalam Lori, Isteri Minta Bantuan Dalam Group Isteri Pemandu Lori
Image from: “Function Gila Group” Suami Tertidur Dalam Lori, Isteri Minta Bantuan Dalam Group Isteri Pemandu Lori

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved