Gaduh di Ayer Itam babit Geng 04, salah faham hutang jadi punca

1 Sep 2026 • 4:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gaduh di Ayer Itam babit Geng 04, salah faham hutang jadi punca

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah sekolah di Ayer Itam di sini pada 30 Ogos lalu membabitkan ahli Geng 04.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham berkaitan hutang antara suspek terlibat.

Menurutnya, kejadian itu bukan melibatkan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen, tetapi suspek dipercayai cuba membantu pihak tertentu mendapatkan semula hutang berkenaan.

“Bukan hutang along, sebaliknya mereka membantu untuk mengutip semula hutang. Mereka kemudian berbincang, namun berlaku pergaduhan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Sebelum ini, polis menahan reman 13 lelaki tempatan termasuk tiga individu bawah umur bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata di hadapan sebuah sekolah di Ayer Itam pada 30 Ogos lalu.

Kesemua suspek berusia 16 hingga 33 tahun itu ditahan dalam lima serbuan di sekitar Pulau Pinang bermula pada pukul 8.19 malam semalam hingga 4.22 pagi.

Mengulas kejadian dua mangsa ditetak, beliau berkata, mereka bukan ahli mana-mana kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan tersebut, sebaliknya menjadi mangsa salah identiti.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata dan Seksyen 148 kanun sama bagi kesalahan merusuh menggunakan senjata. – KOSMO! ONLINE

The post Gaduh di Ayer Itam babit Geng 04, salah faham hutang jadi punca appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved