Polis sahkan pergaduhan berdarah di Air Itam libat Geng 04

1 Sep 2026 • 7:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis sahkan pergaduhan berdarah di Air Itam libat Geng 04

Polis Pulau Pinang mengesahkan pergaduhan bersenjata di Air Itam membabitkan ahli Geng 04 berpunca daripada pertikaian hutang.

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan pergaduhan menggunakan senjata sehingga menyebabkan dua mangsa cedera parah di hadapan sebuah sekolah di Ayer Itam di sini pada Sabtu lepas  membabitkan ahli kumpulan dikenali sebagai Geng 04.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata kesemua 13 lelaki tempatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu dipercayai ahli kumpulan itu namun dari kawasan berbeza dengan salah faham berkaitan hutang dipercayai punca pergaduhan.

“Hutang itu tidak membabitkan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen sebaliknya suspek cuba membantu pihak dikenalinya mengutip hutang daripada pemiutang yang terdiri daripada geng yang sama.

“Mereka berbincang secara baik pada awalnya tetapi gagal mencapai persetujuan menyebabkan berlaku pertikaian dan pergaduhan sehingga seorang suspek cuba merempuh beberapa individu di situ menggunakan kenderaan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebelum ini, polis menahan 13 lelaki tempatan termasuk tiga di bawah umur berusia 16 hingga 33 tahun menerusi lima serbuan di sekitar Pulau Pinang pada hujung minggu lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Lim berkata dua lelaki berusia 30-an yang cedera parah bukan anggota kumpulan itu sebaliknya melalui kawasan itu selepas menghadiri upacara keagamaan.

“Mereka kebetulan memakai pakaian yang berwarna hampir sama menyebabkan disangka sebagai anggota kumpulan terlibat pergaduhan itu. Keadaan mereka kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata dan Seksyen 148 kanun sama, iaitu rusuhan bersenjata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved