Gagal injap, jantung bengkak, murid PPKI didakwa meninggal dunia selepas dipaksa berlari, Menteri Pendidikan arah ambil tindakan

LocalHealth & Fitness
28 Aug 2026 • 11:01 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Gagal injap, jantung bengkak, murid PPKI didakwa meninggal dunia selepas dipaksa berlari, Menteri Pendidikan arah ambil tindakan

KES melibatkan murid Tahun Empat, Nur Qaira Alisha Ahmad ‘Ilwan meruntun hati ramai.

Terdahulu di laman sosial Facebook luahan ibunya. Nur Qaira kanak-kanak aktif dan rajin didakwa telah diarahkan seorang guru berlari untuk pemilihan rumah sukan biarpun surat pengesahan tentang penyakit.

"Nur Qaira Alisha lahir 11/11/2015 mempunyai masalah jantung iaitu kegagalan injap dan jantung bengkak sejak dari umur tiga bulan.

"Walaupun mempunyai masalah jantung dia seorang anak yang aktif dan rajin bersekolah.

"Satu kesilapan daripada seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) walaupun sudah diberi surat pengesahan tentang penyakit yang dihidapi tindakan guru tersebut itu mengarahkan anak saya berlari pada pemilihan rumah sukan menyebab Qaira menjadi OKU terlantar memakai oksigen seumur hidup.

Image from: Gagal injap, jantung bengkak, murid PPKI didakwa meninggal dunia selepas dipaksa berlari, Menteri Pendidikan arah ambil tindakan

"Di mana sifat perikemanusiaan guru tersebut. Anak saya berdendam dengan cikgu tersebut. Ini hanya urusan dunia, nantikan balasan di akhirat," kongsi si ibu.

Akibat kejadian tersebut, si kecil itu dilaporkan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah selepas mengalami muntah yang teruk dan bengkak di sekitar mata.

Memetik Public Health Malaysia, menurut laporan, pemeriksaan kemudiannya mendapati kanak-kanak itu mengalami kegagalan jantung dekompensasi dengan dilated cardiomyopathy.

Dilated cardiomyopathy ialah penyakit otot jantung yang boleh menyebabkan jantung semakin lemah dan akhirnya menyebabkan kegagalan jantung.

Kegagalan jantung pula boleh menjadi penyakit kronik yang mengalami episod kemerosotan atau decompensation disebabkan pelbagai faktor. Ia memerlukan penelitian rekod perubatan, keadaan jantung sebelum kejadian, tahap aktiviti yang dilakukan, perjalanan penyakit selepas itu dan penilaian pakar yang merawat.

Nur Qaira Alisha didakwa hanya mampu terlantar dan terpaksa memakai oksigen seumur hidup sebelum mangsa dilapor meninggal dunia pada jam 7.49 malam Rabu.

Susulan itu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius isu keselamatan dan kebajikan murid dan mengarahkan unit integritinya mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Image from: Gagal injap, jantung bengkak, murid PPKI didakwa meninggal dunia selepas dipaksa berlari, Menteri Pendidikan arah ambil tindakan

“Saya telah mengarahkan Unit Integriti (KPM) untuk mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa serta berlandaskan prinsip keadilan kepada semua pihak.

“Saya mengikuti dengan penuh rasa dukacita pemergian Allahyarham anakanda Nur Qaira Alisha. Saya merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa serta seluruh keluarga atas kehilangan yang amat berat ini,” tulisnya menerusi Facebook pada Khamis.

Menurutnya, keutamaan kementerian ketika ini adalah memastikan keluarga Allahyarhamah diberikan ruang serta sokongan sewajarnya dalam menghadapi kehilangan tersebut.

Beliau turut mendoakan keluarga murid berkenaan diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian tersebut.

“Semoga keluarga Allahyarhamah anakanda Nur Qaira Alisha diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” titipnya

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam hantaran di laman sosial telah menziarahi keluarga Allahyarham.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Azhari Abdul Rashid dan Pegawai Khas Menteri Pendidikan, Hasnizam Zakaria berkesempatan menziarahi keluarga murid dari Sekolah Kebangsaan Bukit Pak Kiau itu.

Ziarah ini dizahirkan sebagai tanda keprihatinan, kasih sayang dan sokongan warga Pendidikan Negeri Kedah kepada keluarga Allahyarham yang sedang melalui saat penuh dugaan.

Sumber: Sinar Harian, Public Health, Facebook 1, 2

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved