Kes Murid Meninggal Dunia Akibat Dipaksa Bersukan, Netizen Saran Sekolah Pakaikan ‘Nametag’ Lain Warna Buat Pelajar Sakit

LocalHealth & Fitness
28 Aug 2026 • 5:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft murid meninggal dunia

Baru-baru ini, media melaporkan kes mengenai seorang murid perempuan yang meninggal dunia akibat penyakit jantung selepas mangsa didakwa telah dipaksa bersukan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 14 April lalu itu, Allahyarham Nur Qaira Alisha Ahmad ‘Ilwan dikatakan terbabit dalam pemilihan untuk acara larian 80 meter untuk sukan sekolah.

Artikel berkaitan : Lagi Kes Kematian Kanak-kanak, Seorang Murid PPKI Meninggal Dunia Akibat Influenza

Artikel berkaitan : “Kenapa kereta tu langg*r teacher” – Rapat Dengan Arwah Guru, Murid Menangis Dapat Tahu Meninggal Dunia

Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berkata, selepas murid tersebut bersukan, Qaira jatuh sakit dan mendapatkan rawatan pada 17 April serta tidak hadir ke sekolah selama 4 bulan.

785561114 1043925745095575 7807054435580418058 n

Berikutan dengan kejadian ini, ramai netizen mencadangkan agar pihak sekolah perlu menetapkan sistem pemakaian tanda nama yang berlainan kepada mana-mana pelajar yang mempunyai rekod penyakit kronik agar dapat mengelakkan daripada dipaksa melakukan aktiviti lasak.

Bekas guru, Mohd Fadli Salleh telah menyatakan cadangan itu dalam hantarannya dan mengatakan perkara ini memudahkan para guru untuk mengenal pasti keadaan murid tersebut memandangkan ada beberapa aspek yang mungkin sukar untuk dikawal.

“Sebelum ini, jika ada surat pengesahan hospital mengenai tahap kesihatan murid, biasanya hanya guru kelas dan PK HEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) yang tahu. Guru kelas biasanya akan maklumkan kepada guru-guru subjek yang mengajar kelas tersebut.”

Screenshot 2026 08 28 165617

“Di sekolah ini, guru bersilih ganti. Bila seorang guru tak hadir, kelasnya perlu diganti oleh guru lain. Kemungkinan guru yang tak pernah mengajar kelas itu tak tau ada murid yang kondisi kesihatan tak baik dan tak boleh jalani aktiviti lasak.”

“Kemungkinan juga ada guru bersalin, guru ganti yang masuk tidak diberitahu kondisi pelajar yang tak sihat.”

Selain itu, faktor guru bertukar atau baru masuk ke sekolah baharu juga menjadi faktor guru sukar mengenal pasti pelajar tersebut kerana jumlah murid yang terlalu ramai.

Oleh itu, Mohd Fadli Salleh mencadangkan bahawa memakai tanda nama khusus buat pelajar yang mempunyai rekod penyakit ini wajar dilaksanakan.

Sumber: Berita Harian, Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved