Gagal pertahan DUN Chennah, Anthony Loke lepas jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 11:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan selepas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang berlangsung Sabtu lalu.

Keputusan atas kehendak sendiri

Menerusi sidang media yang dikongsikan di Facebook, beliau menyatakan keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri dan bukan disebabkan sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Menurut Anthony, sudah tiba masanya kepimpinan negeri diberi ruang untuk memilih pengerusi baharu daripada barisan Ahli Jawatankuasa sedia ada bagi meneruskan hala tuju parti di Negeri Sembilan.

“Tiba masa untuk saya berundur sebagai Pengerusi Negeri dan menyerahkan kepada pimpinan negeri untuk melantik dan memilih daripada Ahli Jawatankuasa sedia ada,” katanya.

Image from: Gagal pertahan DUN Chennah, Anthony Loke lepas jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP di ibu pejabat parti, hari ini.

Sumber: Facebook Anthony Loke

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved