
Garmin Enduro 4 dilancarkan dengan ia jam tangan pintar lasak untuk pelari dan aktiviti luar. Skrin 1.4 inci Memory-in-Pixel (MiP) dan kaca Power Sapphire digunakan bagi memberikan ciri pengecasan dengan kuasa solar.

Dalam mod menjejak aktiviti dengan aktif, bateri boleh bertahan sehingga 320 jam. Ini meningkat ke 36 hari dalam mod biasa dan sehingga 90 hari dalam mod bantuan pengecasan solar. Secara teorinya dengan bekalan solar yang mencukupi, jam tidak perlu dicas selama-lamanya. Garmin turut berkata Enduro 4 boleh menggunakan mod GPS selama 144 jam secara berterusan.

Jam mempunyai sensor mengesan nadi, ECG, SpO₂ dan suhu kulit. Disamping itu ia boleh menjejak 100 aktiviti, terdapat lampu LED terbina, kalis air sehingga 5 ATM dan sokongan Garmin Pay menerusi NFC.
Di Malaysia Garmin Enduro 4 dijual pada harga RM 3,899






