GDB Holdings menang kontrak RM877 juta bina hab logistik di Shah Alam

LocalBusiness & Finance
3 Nov 2026 • 1:39 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

GDB Holdings menang kontrak RM877 juta bina hab logistik di Shah Alam Image from: GDB Holdings menang kontrak RM877 juta bina hab logistik di Shah Alam hamden03/11/2026 - 13:39 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 3 Nov - GDB Holdings Bhd memperoleh kontrak bernilai RM877 juta bagi pembinaan sebuah hab logistik utama di Seksyen 15, Shah Alam, sekali gus meningkatkan buku pesanan tertunggak kumpulan kepada paras tertinggi dalam sejarah sebanyak RM2.93 bilion.

 

Kontrak itu diperoleh menerusi anak syarikat milik penuhnya, Grand Dynamic Builders Sdn Bhd (GDBSB) yang dilantik sebagai kontraktor utama bagi projek berkenaan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, GDB berkata projek selama 34 bulan itu merangkumi pembinaan dua bangunan hab logistik lima tingkat yang dilengkapi pejabat mezanin bersepadu serta sebuah kafeteria khusus tiga tingkat.

 

Kemudahan berkenaan direka untuk menyokong operasi rantaian bekalan berkapasiti tinggi.

 

Kerja pembinaan dijadualkan bermula pada November 2026 dan disasarkan siap pada September 2029.

 

Pengarah Eksekutif merangkap Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan GDB, Andy Lai Wee Young berkata, kejayaan memperoleh projek berskala besar itu mencerminkan keyakinan pelanggan terhadap keupayaan pelaksanaan serta rekod prestasi kumpulan dalam menyiapkan projek mengikut jadual atau lebih awal daripada tempoh ditetapkan.

 

Menurutnya, pengembangan strategik kumpulan ke Malaysia Timur serta kepelbagaian penglibatan dalam sektor logistik berskala besar, hospital, kediaman premium dan infrastruktur awam akan membantu membentuk portfolio perniagaan yang lebih berdaya tahan.

 

Beliau berkata, GDB berhasrat memperluas kehadirannya ke seluruh negara dan memperkukuh kedudukan sebagai kontraktor pembinaan pilihan di peringkat nasional.

 

Kontrak terbaharu itu turut meningkatkan jumlah kontrak yang diperoleh GDB sejak awal tahun hingga kini bagi 2026 kepada rekod RM2.69 bilion.

 

Kumpulan berkata, projek hab logistik itu merupakan yang terbesar dalam sejarahnya dan memberikan keterlihatan pendapatan yang kukuh sehingga 2031.

 

Kontrak berkenaan juga dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaannya.

 

Bagi membiayai projek itu, GDB bercadang menggunakan dana yang dijana secara dalaman serta pinjaman bank konvensional. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved