Signature Alliance peroleh kontrak RM51.56 juta ubah suai Underwater World Langkawi

LocalBusiness & Finance
2 Nov 2026 • 6:24 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Signature Alliance peroleh kontrak RM51.56 juta ubah suai Underwater World Langkawi Image from: Signature Alliance peroleh kontrak RM51.56 juta ubah suai Underwater World Langkawi hamden02/11/2026 - 18:24 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 2 Nov - Signature Alliance Group Bhd (SAG) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Zig Zag Builders (M) Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM51.56 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pembangunan semula dan pengubahsuaian Underwater World Langkawi, Kedah.

 

Kontrak berjumlah RM51.56 juta itu diperoleh menerusi Perjanjian Kerja Pembinaan (CWA) yang dimeterai antara Zig Zag Builders dengan Underwater World Langkawi Sdn Bhd (UWLSB) pada 2 November 2026.

 

SAG dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, menerusi perjanjian itu, Zig Zag Builders dilantik sebagai kontraktor bagi melaksanakan projek berkenaan yang terletak di Jalan Pantai Chenang, Langkawi.

 

Projek itu dijadualkan mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan, bermula 13 November 2026.

 

Selain itu, Zig Zag Builders turut bertanggungjawab menyediakan bon pelaksanaan daripada bank berlesen di Malaysia berjumlah RM2.58 juta, bersamaan 5% daripada nilai kontrak, bagi menjamin pelaksanaan projek mengikut terma yang ditetapkan.

 

Tempoh liabiliti kecacatan bagi projek berkenaan pula adalah selama 12 bulan bermula dari tarikh pengeluaran Sijil Penyiapan Berperingkat.

 

Menurut SAG, kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham, penggearan dan struktur pegangan saham kumpulan.

 

Bagaimanapun, projek berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Kumpulan SAG sepanjang tempoh pelaksanaannya.

 

SAG berkata, tiada risiko ketara yang dijangka berkaitan perjanjian atau projek itu sepanjang tempoh kontrak, selain risiko operasi biasa.

 

Namun, kumpulan akan terus memantau pelaksanaan projek serta mengambil langkah sewajarnya bagi mengurus dan mengurangkan sebarang potensi risiko. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved