Gelagat Lelaki Tak Jadi Ambil Pinggan Makan Selepas Lihat Rabbani Perform Di Kenduri Curi Perhatian [Video]

EntertainmentLifestyle
1 Jul 2025 • 3:37 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi mereka yang membesar di zaman 90-an pasti akan mengenali beberapa kumpulan nasyid yang terkenal di zaman itu antaranya adalah kumpulan Rabbani.

Malah lagu-lagunya juga sering menjadi siulan di bibir kanak-kanak dan juga orang ramai di zaman dahulu.

Bukan sahaja membawa mesej keagamaan dalam lagu-lagu yang disampaikan, tetapi persembahan kumpulan ini sentiasa dinanti orang ramai.

Gelagat lelaki tak jadi ambil pinggan selepas lihat kumpulan Rabbani menyanyi di kenduri

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan gelagat seorang lelaki sewaktu berada di kenduri sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan Farhan Aeydan di TikTok, awalnya kelihatan dia menghadiri sebuah kenduri dan ingin mengambil pinggan untuk menjamu selera.

Namun sebaik sahaja memegang pinggan, dia terdengar suara beberapa orang sedang menyanyi lagu Rabbani di kenduri tersebut.

Tak jadi ambil pinggan lepas dengan lagu Rabbani

Farhan kemudiannya dilihat membatalkan niatnya untuk menjamu selera dan terus berjalan ke arah suara berkenaan.

Sebaik sahaja sampai berdekatan kawasan kumpulan yang sedang menyanyi, kelihatan lima ahli kumpulan Rabbani sedang menyanyi lsecara live di kenduri itu.

Mereka terdiri daripada Azdan Abdul Aziz, Mohamad Afandi Shahbudin, Zulkiflee Azman, Mohd Rithauddeen Yaakob dan Mohd Asri Baidul @ Ubaidullah.

Apa yang lebih menarik persembahan mereka turut memukau tetamu yang hadir ke kenduri berkenaan kerana ramai yang dilihat berdiri di hadapan kumpulan itu dan merakam dan menyaksikan peresembahan mereka.

Sewaktu membuat persembahan itu kedengaran kumpulan Rabbani itu mendendangkan lagu Pergi Tak Kembali dan ia kedengaran begitu merdu.

Ramai terhibur lihat gelagat lelaki sanggup berhenti dari ambil pinggan untuk lihat Rabbani buat persembahan

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat lelaki itu apabila dia dilihat tidak jadi mengambil pinggan sebaik melihat kumpulan Rabbani sedang membuat persembahan.

Bukan hanya itu ada juga yang bergurau lagu yang didendangkan turut memberi keinsafan kepada tetamu yang sedang makan.

Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan untuk Farhan segera mengambil makanan dan duduk di hadapan kumpulan itu sambil melihat persembahan mereka.

“Jangan ada yang request selimut putih dah lah kang mak cik yang ceduk lauk dekat belakang terus insaf”

image is not available

“Nak makan pun serba salah ni”

image is not available

“Sekujur badan, berselimut putih.. nak makan terus rasa insaf”

image is not available

“Kalau dapat ni, ambil nasi cepat-cepat pastu duduk dekat kerusi paling depan. Panas pun tak apa”

image is not available