
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Di zaman ini, boleh dikatakan hampir kebanyakan peniaga memiliki akaun media sosial bagi mempromosikan jualan mereka dan berniaga secara dalam talian.
Malah, dengan menggunakan platform-platform media sosial seperti TikTok juga para peniaga ini dapat melakukan pelbagai konten pemasaran (marketing) untuk menarik perhatian orang ramai.
Pun begitu, tidak dinafikan ada segelintir peniaga yang tergamak menggunakan teknik marketing dengan mencipta isu viral seperti pasangan suami isteri bergaduh dan sebagainya demi meraih perhatian ramai.
Baca Artikel Berkaitan: “Konten Ke Ni?” – Lelaki Campak Barang Dari Troli & Bergaduh Dengan Isteri Di Pasar Raya Curi Perhatian [Video]
Perkara-perkara sebegini tentu buat orang ramai semakin sukar untuk percaya dengan apa yang dilihat mereka di dalam media sosial. Boleh jadi itu hanyalah marketing semata-mata.
Tular lelaki baling bungkusan makanan ketika live di TikTok
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial klip rakaman yang memaparkan seorang lelaki mencampak bungkusan makanan dalam satu siaran langsung di TikTok sehingga meraih perhatian ramai.
Klip siaran langsung itu dirakam oleh lelaki dikenali sebagai Nuwawi Anuar dan dimuat naik di akaun TikTok miliknya sebelum video tersebut menjadi tular di media sosial.
Dalam video sohor berdurasi 16 saat itu, kelihatan pada awalnya seorang wanita sedang melakukan siaran langsung di akaun sebuah perniagaan yang menjual pankek dengan mempromosikan makanan dikenali sebagai Hotteok (beli 3 percuma 1).
Bagaimanapun, secara tiba-tiba seorang lelaki dilihat tampil mencampakkan bungkusan makanan itu yang berada di atas meja.
“Perlu ke sampai macam itu sekali. Tidak berhati perut,” tulisnya di dalam video.
Netizen dakwa hanya marketing, reak wajah yang campak makanan tak macam marah?
Meskipun tiada penjelasan mengenai apa yang berlaku di dalam video itu, kebanyakan pengguna media sosial mendakwa ia hanyalah marketing semata-mata.
Hal ini kerana mereka melihat wajah lelaki yang membuang bungkusan pankek itu seakan-akan cuba menahan ketawa dan langsung tidak kelihatan seperti sedang marah.
Tidak hanya itu, kebanyakan orang juga mengecam tindakan lelaki itu membaling bungkusan pankek terbabit kerana ia merupakan satu bentuk rezeki.
Susulan itu, mereka menyatakan tidak kisah apa pun alasan di sebalik perbuatan terbabit, mencampak rezeki tidak sepatutnya dilakukan.






![Aksi Bersahaja Customer Bancuh Air Untuk Pelanggan Lain Di Gerai Roti Canai Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
