Gelombang keluar pemimpin PKR bermula sejak 2018

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 7:20 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gelombang keluar pemimpin PKR bermula sejak 2018

KUALA LUMPUR: Ketika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan pada 2018 dan PKR menjadi antara parti yang berada dalam gabungan itu namun satu persatu pemimpin utama telah me­ninggalkan parti berkenaan.

Antara tokoh paling berprofil tinggi yang meninggalkan PKR ialah bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden, Datuk Zuraida Kamaruddin yang ketika itu merupakan anggota Kabinet.

Kedua-duanya meninggalkan PKR, kemudiannya diumumkan pemecatan terhadap mereka pada 24 Februari 2020 susulan penglibatan dalam Langkah Sheraton sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama kumpulan ahli Parlimen yang keluar parti.

Turut meninggalkan PKR pada tahun sama ialah Datuk Saifuddin Abdullah; Baru Bian; Datuk Kamaruddin Jaffar; Datuk Mansor Othman; Datuk Rashid Hasnon; Datuk Seri Dr. Santhara Kumar; Ali Biju; Willie Mongin dan Jonathan Yasin.

Dalam tempoh Kerajaan Perpaduan, pemimpin PKR berpengaruh, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad turut meninggalkan parti dan kini mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Ditambah pula Wong Chen yang telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang semalam.

Kini, ketika PKR perlu me­­ngukuhkan parti untuk men­depani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), Nurul Izzah Anwar pula melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses melahirkan pemimpin dalam PKR tidak pernah terhenti, sekali gus parti itu sentiasa mempunyai pemimpin baharu meskipun ada yang meninggalkan parti.

“Ramai yang memimpin hari ini pun satu ketika dahulu bukan nama besar, tetapi diberikan ruang, melalui proses dan akhirnya memikul tanggungjawab.

“Dalam siri pilihan raya yang kita hadapi pun, calon-calon muda sentiasa diberi lebih pertimbangan.

“Jadi bagi saya, persoalannya bukan sama ada kita akan ketandusan pemimpin tetapi sejauh mana parti terus berani membuka ruang kepada gene­rasi baharu,” katanya.

“Orang datang dan pergi itu lumrah politik. Yang penting proses melahirkan pelapis tidak berhenti,” katanya.

Mengulas lanjut, Adam turut berkata, isu pelapis dalam parti sememangnya cabaran untuk semua parti politik, bukan PKR sahaja.-UTUSAN.

The post Gelombang keluar pemimpin PKR bermula sejak 2018 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved