Gema Bumantara 2.0 Ada Permintaan, Siti Nurhaliza Perlukan Masa - “Saya Pun Sebenarnya Belum ‘Move On…”

10 Nov 2026 • 1:49 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Gema Bumantara 2.0 Ada Permintaan, Siti Nurhaliza Perlukan Masa - “Saya Pun Sebenarnya Belum ‘Move On…”

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui menerima permintaan untuk mengadakan Konsert Gema Bumantara 2.0, namun memerlukan masa serta perancangan teliti sebelum membuat sebarang keputusan.Siti berkata, penganjuran semula konsert tersebut perlu membawa pembaharuan dan mengangkat nilai muzik tradisional, meskipun dilaksanakan dalam skala sama.“Buat masa ini saya boleh katakan permintaan itu ada untuk saya ulang sekali lagi Gema Bumantara 2.0. Tetapi saya perlukan masa dan perancangan teliti.“Kalau hendak buat lebih besar lagi atau mungkin sama, harus ada pembaharuan atau nilai-nilai yang perlu saya angkat dalam muzik tradisional,” katanya.Menurut Siti, penganjuran Gema Bumantara sebelum ini lahir daripada hasratnya sendiri untuk merealisasikan sebuah konsert tradisional berskala besar.Malah, sejak awal penjualan tiket, penyanyi lagu Cindai itu mengakui tidak pasti sama ada mampu mengulangi penganjuran sebesar itu pada masa hadapan.“Kalau ada badan-badan yang berminat memberi saya peluang untuk buat lebih bagus dan lebih besar lagi, saya kira itu rezeki untuk pasukan yang terlibat bersama saya,” ujarnya.Mengenai kemungkinan membawa Gema Bumantara ke luar negara, Siti berkata, permintaan diterima setakat ini lebih banyak menjurus kepada penganjuran semula di Malaysia.Katanya, persembahan di luar negara turut memerlukan kos besar memandangkan jumlah anggota pasukan yang perlu dibawa.“Saya pun sebenarnya masih belum ‘move on’. Saya mahu nikmati momen mereka yang datang. Ada yang datang kali pertama dan tidak sangka sehebat itu muzik tradisional.“Saya ada undangan untuk buat konsert di Singapura, tetapi masih berbincang mengenai konsep yang macam mana,” jelasnya.Dalam pada itu, Siti terbuka bekerjasama dengan penganjur atau syarikat swasta yang berminat membawa konsep Gema Bumantara menjelajah Malaysia atau dipersembahkan di lokasi tertentu.Bagaimanapun, penyanyi tersebut enggan memberikan sebarang janji meskipun menyedari harapan peminat untuk menyaksikan persembahan berkenaan sekali lagi.“Konsep itu sudah ada, jadi tidak susah sangat untuk dibawa. Saya senang hati kalau ada pihak penganjur atau syarikat swasta yang berminat membawa Gema Bumantara menjelajah Malaysia atau mengadakan konsert solo di tempat tertentu.“Tak mahu berjanji, nanti mereka tuntut. Cuma saya katakan konsep itu sudah ada,” katanya.Sementara itu, Siti turut menyimpan hasrat menayangkan dokumentari konsertnya di pawagam atau menerusi platform penstriman seperti Netflix.Menurutnya, suntingan dokumentari Konsert Legasi 30 sudah siap dan sedang dibincangkan dengan pihak terbabit, manakala rakaman Gema Bumantara belum disunting.“Kalau boleh, saya mahu tayangkan dokumentari tentang konsert di pawagam, tetapi kena fikirkan banyak perkara. Kalau tidak dapat pawagam, kita pergi Netflix.“Legasi 30 sudah siap disunting dan sedang berbincang dengan pihak terbabit. Gema Bumantara belum lagi. Belum tahu sama ada hendak digabungkan atau diasingkan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved