Siti Nurhaliza Buat Kejutan, Tampil ‘Balas Silaturahim Dua Negara’ di Konsert King Nassar: “Saya Lamar Beliau…”

9 Nov 2026 • 9:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Siti Nurhaliza Buat Kejutan, Tampil ‘Balas Silaturahim Dua Negara’ di Konsert King Nassar: “Saya Lamar Beliau…”

Kemunculan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi undangan pada konsert solo penyanyi dangdut popular Indonesia, King Nassar, nyata menjadi antara kejutan istimewa buat peminat yang hadir.Konsert yang diberi judul Lost in The Jungle yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta itu menyaksikan Siti dan Nassar berpadu suara mendendangkan lagu fenomena biduanita negara, Cindai,Malah, Siti turut menyampaikan lagu hitnya Nirmala dan Betapa Ku Cinta Padamu dengan iringan orkestra di bawah pimpinan maestro terkenal Indonesia, Erwin Gutawa.Kehadiran penyanyi tersohor itu sememangnya menjadi satu kejutan istimewa, apatah lagi Siti sebelum ini pernah mengundang Nassar membuat persembahan pada Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Oktober lalu.Ia disifatkan seperti Siti membalas silaturahim lintas negara yang terjalin menerusi muzik Nusantara apabila hadir dan berbesar hati menghiburkan peminat dengan tiga buah lagu.Sementara itu, Nassar  mendedahkan pemilihan Siti sebagai penyanyi undangan bukan sekadar mahu menampilkan nama besar dalam industri muzik, sebaliknya mempunyai nilai sentimental dalam perjalanan karier seninya.Menurut Nassar, lagu-lagu Siti antara karya yang sering dinyanyikannya ketika masih bergelar penyanyi kumpulan muzik kecil sebelum menempa populariti."Kenapa pilih Datuk Siti? Sebab dahulu, sebelum saya menjadi siapa-siapa, ketika masih menyanyi bersama kumpulan organ tunggal, saya sering menyanyikan lagu Cindai dan Betapa Ku Cinta Padamu."Itulah lagu-lagu yang saya selalu nyanyikan," katanya seperti dilaporkan Kapanlagi.Nassar turut berkongsi hasrat untuk berduet dengan Siti sudah disuarakan ketika dia berkunjung ke Malaysia bagi menjayakan konsert penyanyi berkenaan."Ketika saya datang ke Malaysia untuk menyanyi di konsert beliau, saya beritahu mahu menyanyikan lagu-lagunya konsert saya nanti.“Saya melamar Siti waktu itu untuk jadi penyanyi undangan di konsert saya."Alhamdulillah, beliau bersetuju dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan," ujarnya lagi.Selain Siti, konsert solo Nassar turut menampilkan beberapa nama besar industri muzik Indonesia termasuk Raisa, Lesti Kejora dan legenda dangdut, Elvy Sukaesih.Konsert tersebut turut menjadi trending di media sosial kerana peminat teruja dengan persembahan menghiburkan yang ditonjolkan Nassar termasuk memanjat tiang yang menjadi trade mark-nya sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved