Gemini Dipertingkat Dengan Ciri Mengingati Kandungan Perbualan Lalu

TechnologyDigital
14 Aug 2025 • 1:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemampuan chatbot Google Gemini dipertingkat lagi dengan ciri ia mengingati kandungan perbualan lalu. Dengan memori yang disimpan, saranan yang boleh diberikan Gemini kepada pengguna adalah lebih diperbadikan. Sebagai contoh jika anda pernah melakukan carian buku yang menarik, ia akan menggunakan memori perbualan ini untuk memberikan saranan buku apa yang perlu dibeli jika soalan diberikan.

image is not available

Ciri mengingati perbualan akan diperkenalkan secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang menerusi model 2.5 Pro terlebih dahulu sebelum dikembangkan kepada model 2.5 Flash. Ia boleh diakses pengguna seluruh dunia kecuali yang tinggal di EU, UK dan Switzerland.

image is not available

Bagi yang risau mengenai privasi perbualan yang tidak ingin diingati Gemini, anda boleh menggunakan pula ciri Temporary Chats yang memberikan kawalan di tangan anda. Apabila digunakan, perbualan Temporary Chats tidak akan muncul dalam senarai Recent Chats atau diingati oleh Gemini. Ia akan dipadam selepas 72 jam secara automatik.