Gempa bumi magnitud 3.4 landa Temenggor di Gerik

LocalEnvironment
28 Aug 2026 • 8:10 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Gempa bumi magnitud 3.4 landa Temenggor di Gerik

SHAH ALAM, 28 OGOS: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dilaporkan melanda kawasan Temenggor di Gerik, Perak pada jam 12.06 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan lokasi pada koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur.

Menurut MetMalaysia, pusat gempa bumi itu dikesan kira-kira sembilan kilometer di timur laut Hulu Perak.

Gegaran dilaporkan dapat dirasai di beberapa kawasan sekitar Gerik.

Bagaimanapun, tiada laporan segera mengenai sebarang kerosakan atau kecederaan akibat kejadian tersebut.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan menyalurkan maklumat terkini sekiranya terdapat perkembangan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved