GEORGE TOWN - Penemuan beberapa tulang di kawasan pantai Batu Ferringhi di sini pada petang Isnin disahkan sebagai tulang kuda dan bukan tulang manusia.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pengesahan itu dibuat selepas tulang berkenaan diperiksa oleh pakar perubatan forensik.
Menurutnya, Ketua Pakar Forensik Pulau Pinang, Dr P Chandroth Navin yang juga Pakar Perubatan Forensik UD56 mengesahkan tulang tersebut merupakan tulang kuda.
“Pemeriksaan oleh pakar mendapati tulang yang ditemukan itu adalah tulang kuda.
**media[3617906]**
“Justeru, penemuan berkenaan tidak melibatkan tulang manusia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, penemuan beberapa tulang di kawasan pantai berkenaan menimbulkan persoalan dalam kalangan orang awam berikutan bentuknya yang menyerupai tulang manusia.





