Google Dilaporkan Mungkin Perkenal Gemini 2.0 Pada Disember Ini

TechnologyDigital
26 Oct 2024 • 7:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google pada Disember 2023 lepas, telah memperkenalkan Gemini, iaitu model kecerdasan buatan janaan yang boleh melakukan sejumlah perkara – dan seterusnya menggantikan sepenuhnya Google Bard pada awal tahun 2024 ini, serta pengenalan Gemini 1.5 pada Februari 2024.

image is not available

Kini, melangkah ke hadapan, Google dikatakan akan memperkenalkan kemaskini kepada model Gemini pada Disember 2024 ini. Walaubagaimanapun, mengikut laporan awal, Gemini 2.0 dikatakan tidak mencapai prestasi yang disasarkan oleh pasukan pembangunnya, tetapi sedia membawa penambah-baikkan yang banyak.

Selain Google, beberapa syarikat lain turut dilaporkan sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan kemaskini kepada model mereka pada penghujung tahun ini. Sekiranya Gemini 2.0 diperkenalkan pada Disember ini, maka kita boleh sasarkan Google akan melakukan kemaskini kepada model kecerdasan buatan mereka pada setiap tahun secara berkala.