MSI Mengacahkan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5080 Edisi Terhad Star Wars – Hanya 500 Kad Akan Dihasilkan

WorldTechnology
5 May 2026 • 3:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

4 haribulan Mei, ataupun May 4th telah dinamakan sebagai Star Wars Day, dan pelbagai pihak telah memperkenalkan banyak produk bertemakan siri filem, buku dan televisyen popular tersebut. Salah satu daripadanya ialah MSI, yang telah mengacahkan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5080 dengan tema Star Wars.

Melalui video acah yang diperlihatkan, kad grafik tersebut nampaknya akan memperlihatkan tema filem The Mandalorian & Grogu, sebuah filem Star Wars yang akan ditayangkan pada 22 Mei 2026 di pawagan-pawagam secara global kelak.

— MSI Deutschland (@msigaming_de) May 4, 2026

Dari video acah tersebut, kita boleh memperlihatkan butiran seperti plat belakang kad grafik yang memperlihatkan watak The Mandalorian, atau Din Djarin manakala bahagian hadapannya pula hadir dengan tiga kipas penyejukan, yang memperlihatkan bahawa kad grafik ini mungkin berasaskan salah satu model kad grafik MSI Gaming Trio.

Image from: MSI Mengacahkan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5080 Edisi Terhad Star Wars – Hanya 500 Kad Akan Dihasilkan
Image from: MSI Mengacahkan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5080 Edisi Terhad Star Wars – Hanya 500 Kad Akan Dihasilkan

Walaupun begitu, setakat ini MSI tidak memberi sebarang butiran lanjut mengenai kad grafik ini, kecuali ia mungkin akan dilancarkan pada hari yang sama filem The Mandalorian & Grogu mula ditayangkan. Laporan juga mengatakan bahawa hanya 500 buah kad grafik ini akan dihasilkan, tetapi juga tidak mengumumkan pasaran-pasaran manakah yang akan berpeluang mendapatkan kad grafik ini.